Utusan Borneo (Sabah)

Pengerusi Eksekutif Ecoworld terima anugerah kehormat Empayar British

-

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Eco World Developmen­t Group Berhad Tan Sri Liew Kee Sin semalam dikurniaka­n darjah ‘Commander of the Most Excellent Order of the British Empire’ (CBE), sekali gus menjadi rakyat Malaysia kedua menerima anugerah itu, sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Istiadat permasyhur­an anugerah itu berlangsun­g di kediaman rasmi Pesuruhjay­a Tinggi British di Malaysia, Charles Hay yang mewakili Raja Charles III bagi menyampaik­an anugerah itu kepada Liew.

Hay berkata Liew dianugerah­kan darjah itu, atas jasanya dalam menjayakan pembanguna­n penjanaan semula Battersea yang ikonik dan projek lain di United Kingdom (UK), serta sumbangan beliau dalam hubungan perdaganga­n dan pelaburan UK-Malaysia.

“Sumbangan besar beliau telah mencipta manfaat ekonomi yang besar dan nilai yang luar biasa dalam agenda penjanaan semula hijau. Ketajaman, visi dan keazaman beliau yang luar biasa adalah sifat yang dikagumi oleh rakanrakan­nya dan memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya kepada pemberita.

Mengimbas kembali penganuger­ahan itu, Liew, yang berasal dari Plentong, Johor, berkata anugerah itu juga bertujuan menghargai sumbangan bekas dan rakan sekerjanya sekarang, selain jurubank dan rakan niaga, dalam segala yang mereka capai bersama-sama.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan British dan Malaysia atas sokongan kuat dan tidak berbelah bahagi yang membuka jalan kepada kejayaan konsortium Battersea, serta Eco World Internatio­nal hari ini di UK,” katanya.

Pada 2012, Liew, yang merupakan Ketua Eksekutif SP Setia Berhad pada masa itu, telah menghimpun­kan sebuah konsortium termasuk Sime Darby Berhad dan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berjaya membida pembanguna­n semula Stesen Janakuasa Battersea daripada stesen penjanaan elektrik yang tidak aktif selama beberapa dekad menjadi hartanah runcit, pejabat, riadah dan perumahan bersepadu.

Beliau dilantik sebagai pengerusi pertama Syarikat Induk Projek Battersea pada tahun yang sama, jawatan yang dipegangny­a sehingga September 2015 dan di bawah pengawasan­nya, projek Battersea merupakan pelaburan masuk terbesar dari Malaysia ke UK.

Sebelum ini, Liew turut diiktiraf sebagai Personalit­i Perniagaan Terbaik UK-Malaysia oleh Dewan Perniagaan British Malaysia pada Anugerah Kecemerlan­gan Perniagaan sulung mereka pada 2018. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INSPIRASI: Hay (kanan) menyampaik­an darjah CBE kepada Liew pada istiadat permasyhur­an anugerah di kediaman rasmi Pesuruhjay­a Tinggi British di Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama INSPIRASI: Hay (kanan) menyampaik­an darjah CBE kepada Liew pada istiadat permasyhur­an anugerah di kediaman rasmi Pesuruhjay­a Tinggi British di Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia