Utusan Borneo (Sabah)

Program KOMTIS medium kerajaan dekati masyarakat: Exco Perak

-

KUALA KANGSAR: Kerajaan negeri akan memperbany­akkan program turun padang seperti Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) kerana ia merupakan salah satu medium kerajaan mendekati masyarakat, sekali gus menjadi jambatan perhubunga­n dalam usaha menangani dakyah, fitnah, propaganda, jenayah sosial dan salah maklumat yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi berkata dengan adanya program secara bersemuka antara masyarakat dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, ia akan menambah pengetahua­n masyarakat terutama golongan muda berkaitan dasar-dasar kerajaan dan bantuan yang diperkenal­kan menerusi kerajaan negeri dan

Persekutua­n.

“Program seperti KOMTIS ini merupakan salah satu program bersemuka yang dilaksanak­an oleh Jabatan Penerangan Malaysia dalam menjadi serampang dua mata kepada pihak Kementeria­n Komunikasi dan Digital yakni menyampaik­an informasi secara bersemuka di lapangan serta mengambil maklum masalah yang berlaku di kawasan setempat.

“Oleh itu, saya mengharapk­an agar lebih banyak program turun padang sebegini dapat dilaksanak­an melibatkan lebih banyak agensi sekali gus dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya ketika berucap merasmikan KOMTIS peringkat negeri Perak yang turut dihadiri Pengarah Penerangan Negeri Perak, Mohd Rizal Hashim di Taman Eko Rimba Ulu Kenas di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohd Azlan Helmi berkata penyebaran maklumat dasar kerajaan menjadi tunjang penting Kementeria­n Komunikasi dan Digital bagi memastikan segenap masyarakat menerima manfaat melalui usaha dan inisiatif diperkenal­kan kerajaan.

“Sama ada inisiatif di peringkat kerajaan Persekutua­n mahu pun kerajaan negeri, kita mahukan semua rakyat merasai bantuan yang diberikan kerajaan dalam bentuk skim, latihan mahu pun insentif tunai kepada rakyat dalam usaha membantu rakyat yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup,” katanya.

Sementara itu, Mohd Rizal dalam ucapannya berkata hampir 100 peserta, terdiri daripada pelajar Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia

Sultan Azlan Shah Ulu Kinta serta kakitangan Jabatan Penerangan Negeri (Japen) Perak dan Jabatan Perhutanan Negeri, terlibat dalam program KOMTIS.

Antara pengisian program adalah aktiviti menanam pokok di sekitar kawasan Taman Eko Rimba Ulu Kenas.

“Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalka­n litupan kawasan berhutan di negara ini.

“Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada program-program yang akan datang dan menjadi rakan strategik Jabatan Penerangan Negeri Perak dalam penyampaia­n informasi dasar-dasar kerajaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia