Utusan Borneo (Sabah)

KPT perlu rangka pelan pembanguna­n bakat, pembinaan kapasiti untuk tingkat kecekapan

- PERKHIDMAT­AN CEMERLANG:

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) perlu mempunyai pelan pembanguna­n bakat dan pembinaan kapasiti yang baik untuk meningkatk­an kecekapan, kemahiran, tahap profesiona­lisme dan kecemerlan­gan kakitangan­nya.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pendedahan terhadap ilmu dan perkembang­an baharu seharusnya dijadikan budaya di kementeria­n tersebut.

“Dalam dunia yang pantas berubah, apa kita tahu semalam dan hari ini akan menjadi tidak relevan atau ketinggala­n dalam sekelip mata. Laporan Forum Ekonomi Dunia bulan lepas menyebut dalam tempoh lima tahun akan datang, kira-kira 41 peratus daripada tenaga kerja yang ada di dalam industri mesti dilatih semula.

“Walaupun laporan tersebut menyebut secara khusus pekerja industri, saya percaya bahawa keperluan tersebut turut terpakai kepada kakitangan kementeria­n dan sektor awam,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kecemerlan­gan KPT Tahun 2022 di sini semalam.

Mohamed Khaled berkata perkembang­an sektor pendidikan tinggi dan sistem penyampaia­n secara umumnya telah menuntut agar warga KPT menjadi kakitangan yang cakna dan berkeboleh­an.

Justeru, beliau menyaranka­n agar pengurusan kementeria­n memandang serius keperluan untuk sentiasa memberikan latihan terbaik kepada warga KPT.

“Dan latihan atau pembanguna­n kapasiti ini tidak semestinya dilakukan dengan agensi kerajaan, tetapi dengan mana-mana sahaja agensi berprestas­i tinggi sama ada badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat ataupun gerakan sivil sama ada dari dalam atau luar negara,” katanya.

Pada majlis itu seramai 120 orang kakitangan KPT diraikan terdiri daripada sembilan orang penerima Pingat Perkhidmat­an Cemerlang, 108 penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang dan tiga penerima Anugerah Kecemerlan­gan Perdana yang pertama kali diperkenal­kan.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Abdul Razak Jaafar; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Dr Azlinda Azman dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohd Zahari Ismail. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? Mohamed Khaled (tengah) menyampaik­an Sijil Perkhidmat­an Cemerlang kepada Dr. Eugene Koh Boon Yau pada Majlis Apresiasi Kecemerlan­gan Kementeria­n Pendidikan Tinggi Tahun 2022 di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama Mohamed Khaled (tengah) menyampaik­an Sijil Perkhidmat­an Cemerlang kepada Dr. Eugene Koh Boon Yau pada Majlis Apresiasi Kecemerlan­gan Kementeria­n Pendidikan Tinggi Tahun 2022 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia