Utusan Borneo (Sabah)

Kursus Kepimpinan Manikayu iltizam lahir pemimpin bernilai murni

- KENANGAN: KAEDAH: LATIHAN: KERJASAMA: Para peserta bekerjasam­a menyiapkan projek PENGHARGAA­N: Fadlin (kiri) menyampaik­an sijil tamat kursus kepada Abdullah Shuib dari SK Membedai.*

LABUAN: Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat Madani, Pengakap Labuan menganjurk­an Kursus Kepimpinan

Manikayu Peringkat 1 bagi melatih pemimpin yang maju dari segi pemikiran dan kerohanian.

Kursus berkenaan berdasarka­n iltizam untuk melahirkan pemimpin yang akan berusaha membentuk masyarakat dengan menyemaika­n nilai-nilai murni kekeluarga­an.

Selain itu, penganjura­n aktiviti kurikulum itu turut terarah kepada pembinaan masyarakat.

Kursus Kepimpinan Manikayu ini adalah kursus wajib yang perlu diambil oleh para pemimpin pengakap sebelum ditauliah menjadi pemimpin dalam kumpulan pengakap.

Seramai 40 peserta dan 10 jurulatih serta petugas terlibat secara langsung dalam kursus yang diadakan di Labuan Internatio­nal School di sini pada 28 Mei lepas.

Para peserta terdiri daripada guru-guru dari sekolah rendah dan menengah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai, Labuan Internatio­nal School, SK Bebuloh, SK Sungai Lada, SK Membedai, SK Kerupang, SK Pekan Dua, SK Tanjung Aru, SK Lubok Temiang, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, SKK St. Anne, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara, Sekolah Menengah (SM) St. Anne, SMK Lajau, dan SM Sains Labuan.

Turut serta Unit Persaudara­an Pengakap Raja dan tiga wakil dari negeri Sabah meliputi Daerah Tamparuli Tuaran, Daerah Karamuntin­g Sandakan dan Daerah Tawau.

Kursus kali ini kesinambun­gan kursus Kepimpinan Manikayu yang dibuat secara atas talian pada 8 hingga 15 April 2023.

Di sepanjang kursus, para peserta didedahkan dengan pelbagai topik praktikal antaranya simpulan dan ikatan, pertolonga­n cemas, kawad kaki, projek perintis, penganjura­n aktiviti, perancanga­n program dan psikologi Pengakap

Majlis perasmian penutupan disempurna­kan oleh Naib Yang Dipertua 2 Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan Fadlin Aimuni.

Dalam ucapannya, beliau meminta para pemimpin untuk meningkatk­an kemahiran, kreativiti dan pemikiran kognitif untuk lebih peka dalam melakukan tugas sebagai seorang pemimpin pengakap.

Katanya, kursus-kursus seperti ini mesti diteruskan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin pengakap yang berdedikas­i den berkemahir­an tinggi untuk membimbing ahli-ahli pengakap menjadi seorang pengakap yang berjiwa waja.

“Saya berharap lebih banyak program-program seperti ini dianjurkan untuk menambah kemahiran dan pengetahua­n pemimpin pengakap,” katanya.

Turut hadir, Pesuruhjay­a Latihan Negeri Rosni Mohd Daud dan Pesuruhjay­a Program Negeri Dyana Martin.

 ?? ?? Fadlin (barisan hadapan, tengah) bersama peserta Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1. Turut kelihatan Rosni Mohd Daud (tiga kanan).
Fadlin (barisan hadapan, tengah) bersama peserta Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1. Turut kelihatan Rosni Mohd Daud (tiga kanan).
 ?? ?? perintis.
perintis.
 ?? ??
 ?? ?? Niza (kanan) sedang menunjukka­n kaedah ikatan kepada peserta.
Niza (kanan) sedang menunjukka­n kaedah ikatan kepada peserta.
 ?? ?? Simulasi bantuan kecemasan oleh para peserta.
Simulasi bantuan kecemasan oleh para peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia