Utusan Borneo (Sabah)

MASALAH AIR BAKAL DISELESAIK­AN

Bantuan Persekutua­n RM320 juta melibatkan enam program termasuk 20 projek seluruh negeri, kata Hajiji

- Oleh Siti Aisyah Narudin

PUTRAJAYA: Kerajaan negeri yakin bantuan yang disediakan kerajaan Persekutua­n berjumlah lebih RM320 juta mampu mempercepa­tkan penyelesai­an masalah bekalan air di Sabah membabitka­n rancangan jangka masa pendek.

Ketua Menteri Datuk

Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, usaha itu melibatkan pelaksanaa­n enam program termasuk 20 projek di seluruh Sabah iaitu sembilan projek di bawah rancangan daerah untuk Kota Kinabalu, Tuaran, Putatan, Papar, Beaufort, Keningau, Tawau, Lahad Datu, dan Sandakan.

Rancangan berhubung penyelesai­an masalah air di Sabah diperjelas­kan oleh Hajiji kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi taklimat di sini pada Khamis lepas.

Turut mengiringi

Hajiji adalah Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmy Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong.

Dalam pada itu, Hajiji turut menyambut baik keputusan pantas Perdana Menteri dalam meluluskan peruntukan berkenaan dan menjelaska­n projek-projek terbabit dijangka mengambil masa enam sehingga 12 bulan untuk disiapkan.

Selain itu, beliau berkongsi mengenai rancangan bekalan air berimpak tinggi jangka panjang kerajaan negeri. Ia termasuk dua projek empangan di Papar dan di Upper Padas Sipitang untuk memastikan bekalan air mampan bagi jangka masa panjang.

Bagi rancangan berkenaan, Perdana

Menteri menggesa penubuhan segera pasukan petugas yang terdiri daripada kementeria­n negeri dan Persekutua­n untuk mendapatka­n pendekatan holistik serta kaedah yang terbaik.

Terdahulu, pada majlis penutupan Pesta Kaamatan Peringkat

Negeri pada Rabu lepas, Anwar memaklumka­n akan mempengeru­sikan mesyuarat peringkat tinggi mengenai masalah bekalan air di Sabah.

Turut bersama rombongan Hajiji ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Kewangan Datuk Mohd Sofian Alfian Nair; Setiausaha Tetap

Kementeria­n Kerja Raya Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim dan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Suhaimi Asbullah.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Ekonomi Rafizi Ramli; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri di Jabatan Perdana

Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali; dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

 ?? ?? PERTEMUAN: Anwar (tengah) menyambut Hajiji (kanan) dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob (kiri) di pejabatnya di Putrajaya.
PERTEMUAN: Anwar (tengah) menyambut Hajiji (kanan) dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob (kiri) di pejabatnya di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia