Utusan Borneo (Sabah)

Ambil tindakan sebelum perpaduan Sabah tergugat

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa dipohon untuk memandang serius dan mengambil tindakan tegas kepada segelintir pihak yang tidak bertanggun­gjawab serta suka menimbulka­n ketegangan dengan menggugat perpaduan Sabah.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan berkata, pihak Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu pandang isu ini sebagai isu yang sangat serius.

“Tindakan tegas dan keras harus diambil dan dikenakan kepada pihak-pihak yang tidak bertanggun­gjawab yang menimbulka­n kekacauan serta mengganggu perpaduan sejagat di Sabah keseluruha­nnya.

“Mereka yang tergolong dalam golongan ini memang tidak patut diberi muka dan mereka sebenarnya adalah duri dalam daging yang jika dibiarkan, mereka akan merebak, menjadi ‘virus’ yang kelak apabila sudah menular ke seluruh komuniti, ia akan menjadi semakin parah dan sukar lagi untuk dibendung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini pada Sabtu.

Fairuz yang juga Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, Sabah adalah sebuah negeri yang harmoni dengan komposisi penduduk pelbagai kaum dan berbilang agama sejak dulu telah hidup harmoni serta saling menghormat­i.

“Sekarang, sudah ada yang berani memainmain­kan sentimen agama, kaum, bangsa, bahkan lebih teruk lagi, menjadi batu api serta menghasut pihak lain untuk mengikuti pandangan mereka.

“Ini tindakan yang sangat tidak wajar, sangat keji dan memalukan kerana kita hidup aman damai sejak sekian lama, kini apabila wujud segelintir daripada mereka yang mungkin kurang perhatian ini yang boleh saya katakan, terus mereka mahu merosakkan kaharmonia­n kita.

“Orang tanpa segan silu boleh saling menghina dan sinis terhadap satu sama lain, hasil daripada apa, hasil daripada mereka inilah yang mewujudkan sentimen kebencian, lebih-lebih lagi yang berkaitan 3R,” katanya lagi.

Katanya, fokus kerajaan dan masyarakat semasa adalah untuk saling menjaga dan memastikan semua usaha pembanguna­n serta masalah-masalah rakyat dapat diatasi.

Namun katanya, pihak tidak bertanggun­gjawab yang menyebarka­n sentimen negatif 3R pula mahu memecahbel­ahkan keharmonia­n dan kesejahter­aan perpaduan.

“Kita masih ada banyak hal untuk diurus dan diselesaik­an kerana kita sekarang berdepan masalah cuaca panas, jerebu, kebakaran dan bekalan air.

“Kita mahu fokus untuk usaha menyelesai­kan masalah-masalah ini, apatah lagi dalam masa beberapa hari sahaja lagi, umat Islam bakal menyambut Aidilfitri.

“Andai kata masalah penghasut dan penyebar fitnah yang masih berleluasa tanpa penyelesai­an ini, terus-menerus merebak dalam kalangan komuniti kita, pastinya ia akan merencatka­n penyatuan dan kerjasama kerana pasti akan ada pihak yang terpengaru­h.

“Lebih parah lagi jika ada yang membuat perhimpuna­n haram, berdemonst­rasi, berkumpul dan bergaduh di khalayak umum, pastinya isu ini akan menjejaska­n imej Sabah dan Malaysia sebagai sebuah negara harmoni yang berpegang kepada prinsip perlembaga­an,” katanya.

Fairuz menasihati rakyat khasnya komuniti pengguna sosial media untuk menggunaka­n platform sosial media secara bijak dan tidak sewenang-wenangnya membuat hantaran yang berunsur negatif serta menyentuh isu 3R.

“Jadi pengguna media sosial yang bijak dan peka terhadap isu semasa,” katanya.

 ?? ?? FAIRUZ
FAIRUZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia