Utusan Borneo (Sabah)

Sabah-MM2H dilaksana pada Mei

Kabinet negeri telah luluskan beberapa pindaan untuk diwartakan

- Oleh Hamzah Sanudin

KOTA KINABALU: Program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (SabahMM2H) dijangka dapat dilaksanak­an pada bulan depan.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, kerajaan sedang dalam proses memuktamad­kan terma dan syarat program itu selepas beberapa pindaan dilaksanak­an.

Katanya, kabinet negeri telah meluluskan pindaan itu dan sebaik sahaja ia diwartakan kementeria­n akan menyiarkan terma dan syarat di laman web program untuk bakal pemohon.

Beliau ketika menjawab soalan Presiden Persatuan Pelanconga­n Sandakan, Teo

Chee Kim yang ingin mengetahui kriteria kelayakan untuk menyertai program Sabah-MM2H.

Teo sebelum itu, menzahirka­n kebimbanga­n mengenai perubahan masa yang akan berlaku untuk jadual penerbanga­n semasa AirAsia, berlepas dari Kota Kinabalu ke Sandakan pada 4.30 petang.

“Saya khuatir pelancong yang terbang dari destinasi lain mungkin tidak dapat sampai ke Kota Kinabalu tepat pada masanya untuk penerbanga­n sambungan mereka ke Sandakan jika waktu berlepas diselarask­an semula kepada 2.45 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) Julinus Jeffery Jimit berkata penglibata­n dengan pihak berkepenti­ngan industri pelanconga­n adalah penting untuk menyelesai­kan isu-isu berkaitan.

Katanya, penglibata­n barubaru ini menunjukka­n komitmen kementeria­n melalui agensinya STB bagi memastikan satu visi dan tujuan ke arah mewujudkan ekosistem pelanconga­n yang lebih baik di Sabah.

“Kami akan terus berhubung dengan pihak berkepenti­ngan pelanconga­n pada setiap suku tahun atau setengah tahun seperti saranan Christina.

“Ia penting kerana sinergi ini boleh menjadi tonggak kekuatan bagi kejayaan di bawah agenda pembanguna­n Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya.

Menurutnya, STB percaya sektor pelanconga­n boleh mencapai sasaran yang ditetapkan untuk pertumbuha­n industri ini pada 2024 di bawah kepimpinan menteri yang berkeboleh­an.

 ?? ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia