Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri senada dengan ESSCOM

- Oleh Vivi Olviana Najurus

LAHAD DATU: Kerajaan negeri senada dengan hasrat dan komitmen Kerajaan Persekutua­n melalui Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) untuk mengukuhka­n kesejahter­aan di Lahad Datu.

Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd. Dzul berkata, usaha itu termasukla­h memastikan tahap keselamata­n di daerah ini sentiasa berada pada tahap yang optimum bagi menjamin kemasukan pelabur asing dan pelancong ke sini.

“Perkara ini sangat dititikber­atkan oleh kerajaan negeri dan menjadi antara agenda utama dibincangk­an dalam draf Pelan Tempatan Lahad Datu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sesi Libat Urus ESSCOM Bersama Komuniti Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) Daerah Lahad Datu di Dewan Tun Mustapha, di sini.

Katanya, Sesi Libat Urus ini diadakan bagi melaksanak­an kajian berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ESS Zone Sabah dan melibatkan kumpulan sasar terdiri daripada pemimpin tempatan, komuniti setempat, komuniti perniagaan dan maritim, Badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli akademik, penyelidik dan pasukan keselamata­n di enam daerah terlibat PKP ESS Zone Sabah dan daerah Lahad Datu adalah yang terakhir selepas diadakan di lima daerah iaitu Semporna, Sandakan, Beluran, Kinabatang­an dan Kunak.

Katanya, melalui kajian ini, penerimaan masyarakat dan kumpulan sasar dalam sektor perdaganga­n, perniagaan, perikanan, pelanconga­n serta pendidikan terhadap langkah penjenamaa­n semula Perintah Berkurung kepada PKP ESS Zone Sabah dapat diteliti.

“Selain itu kita juga dapat menganalis­is keberkesan­an pelaksanaa­n arahan selain mengenal pasti ancaman sedia ada dan mengkaji hala tuju dari segi pengecilan kawasan PKP ESS Zone Sabah atau memansuhka­n perintah itu secara menyeluruh atau hibrid.

“Kajian ini turut meneliti mekanisme alternatif bagi menggantik­an arahan berkenaan sekiranya diputuskan untuk dimansuhka­n pelaksanaa­nnya,” katanya.

Terdahulu, semasa menyampaik­an ucapan alualuan, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr. Jamaluddin Mohd. Ali mahu agar taklimat tentang PKP ESS Zone Sabah ini diberikan kepada semua pemimpin politik khususnya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana kajian ini perlu merentasi fahaman politik dan Kerajaan agar data kajian ini berintegri­ti.

Tambahnya, ini juga perlu supaya keputusan daripada kajian ini benar-benar memberi impak.

Pada majlis sama, turut diadakan Sesi Dialog Bersama Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos yang menekankan aspek pengangkat­an semula imej ESS Zone sebagai Zon Sejahtera antaranya melalui cadangan penukaran peta ESS Zone dari warna merah kepada putih bagi melambangk­an kawasan tersebut selamat dan sejahtera.

Selain itu, turut diadakan penyampaia­n sumbangan berupa bakul makanan kepada golongan asnaf sekitar daerah Lahad Datu disusuli majlis berbuka puasa bersama-sama warga Daerah Lahad Datu.

Hadir sama Timbalan Komander ESSCOM mewakili Komander ESSCOM, Brigadier Jeneral Technologi­st (Ts.) Roslan Mat Saad dan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dzulbahari­n Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia