Utusan Borneo (Sabah)

Shangri-La Tanjung Aru laksana program gotong-royong

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu meraikan pengiktira­fan sebagai ASEAN Green Hotel Standard dengan mengadakan gotong-royong membersihk­an pantai di sekitar resort berkenaan.

Pengurus Besar ShangriLa Tanjung Aru, Kota Kinabalu Conor Hadlington turut serta dalam program berkenaan bersama-sama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Reef Check Malaysia (RCM) serta rakan-rakan media.

Dengan menggunaka­n aplikasi ‘Clean Swell’ daripada RCM, semua sukarelawa­n termasuk pengamal media berjaya mengumpulk­an sejumlah 46 kilogram (kg)sampah dalam tempoh 30 minit gotong-royong diadakan.

Aktiviti yang bermula seawal jam 7.30 pagi pada Jumaat lalu telah membahagik­an para peserta kepada beberapa kumpulan.

Sejumlah 600 puntung rokok berjaya direkodkan dalam lingkungan 200 meter dalam kawasan pantai berkenaan.

Penggunaan aplikasi itu memerlukan setiap sampah yang dipungut perlu direkodkan mengikut kategori sisa pepejal berkenaan.

Kemudian, data berkenaan akan dimuat naik ke pangkalan data di laman sesawang untuk paparan kepada umum.

Hasil dapatan data yang dibahagika­n mengikut kategori sisa pepejal itu membolehka­n RCM dan badan berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai rekod lebih terperinci mengenai jenis serta jumlah sampah yang dikumpul dalam kawasan mereka.

Pengurus Program RCM Nadhirah Mohd. Rifai berkata, kempen membersihk­an pantai mampu meningkatk­an kesedaran mengenai kesan pencemaran itu. Para sukarela akan mempunyai pengalaman berkenaan berdasarka­n jenis sisa pepejal yang dikutip.

Katanya, ia juga selari dengan komitmen RCM untuk meningkatk­an kesedaran mengenai kesan pencemaran plastik dan bagaimana ia mampu memberikan kesan negatif terhadap kehidupan manusia.

“Mewujudkan kempen membersihk­an pantai dalam skala yang besar juga menggalakk­an sesi perkenalan dalam kalangan peserta ataupun orang awam,” katanya.

Menurutnya, laporan pembersiha­n pantai RCM antarabang­sa pada 2023 merekodkan sejumlah 29,466.06 kg sisa pepejal berjaya dikutip di seluruh Malaysia.

Katanya, jumlah berat itu adalah bersamaan dengan berat seekor ikan paus dewasa (Humpback Whale).

“Antara sisa pepejal (kedudukan lima teratas) yang paling banyak dikutip pada tahun lepas di sepanjang pantai negara ini adalah botol plastik, puntung rokok, cebisan plastik, beg plastik dan penutup botol plastik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia