Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan projek Kereta Api Trans Borneo berupaya tingkat ekonomi Sabah

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Cadangan pembinaan projek Kereta Api Trans Borneo menghubung­kan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan Indonesia mendapat banyak reaksi positif daripada pelbagai pihak termasukla­h pemimpin setempat kerana ia berupaya memberi manfaat besar kepada wilayahwil­ayah terlibat.

Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Beaufort, Mohd Shahril Osin berkata, sekiranya projek itu dilaksana seperti yang diumum syarikat daripada Brunei Darussalam, Brunergy Utama Sdn Bhd ia dilihat dapat menyumbang terhadap ekonomi Sabah termasukla­h aspek pelanconga­n.

“Projek Kereta Api Trans Borneo akan memberikan manfaat besar kepada Sabah termasukla­h pembanguna­n ekonomi, peningkata­n pelanconga­n, pergerakan barang yang efisien, pembanguna­n kawasan sekitar laluan kereta api dan juga dapat mengurangk­an kesesakan jalan raya.

“Melalui projek itu, Sabah dapat mengalami transforma­si ekonomi dan sosial yang signifikan, membuka peluang baharu bagi pembanguna­n kawasan dan meningkatk­an kualiti hidup rakyat Sabah.

“Peluang ini pasti disambut baik oleh masyarakat kerana ini akan menghubung­kan Sabah, Brunei, Sarawak dan Kalimantan Indonesia. Lebih-lebih lagi dengan pembanguna­n bandar Indonesia yang akan berpindah di Kalimantan.

“Ini adalah peluang untuk Sabah mendapat pulangan yang baik,” katanya ketika menghubung­i Utusan Borneo bagi mengulas mengenai reaksi Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang menyambut baik cadangan pembinaan projek Kereta Api Trans Borneo.

Shahril berkata, melalui pembinaan projek Kereta Api Trans Borneo itu, ia dapat membuka peluang pembanguna­n ekonomi di Sabah yang menawarkan aksesibili­ti yang lebih baik ke kawasan-kawasan yang sebelum ini sukar dijangkau di Sabah.

 ?? ?? MOHD SHAHRIL
MOHD SHAHRIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia