Utusan Borneo (Sabah)

Leverkusen kurang satu kemenangan untuk mengesahka­n kejuaraan

-

BERLIN: Bayer Leverkusen hanya memerlukan tiga mata untuk mengesahka­n kejuaraan Bundesliga Jerman yang pertama kelab selepas menang 1-0 di Union Berlin sementara Bayern Munich mensia-siakan pendahulua­n 2-0 sebelum tewas 2-3 di Heidenheim pada Sabtu.

Bayern kelihatan selesa pada masa rehat menerusi gol Harry Kane dan Serge Gnabry tetapi bolos tiga gol dalam separuh masa kedua, memberikan kekalahan kedua berturut-turut.

Florian Wirtz menyempurn­akan penalti pada minit kecederaan separuh masa pertama ketika Leverkusen dipaksa bekerja-keras oleh Union Berlin, sekali gus mengekalka­n rekod tanpa kalah mereka musim ini kepada 41 perlawanan.

Anak buah Xabi Alonso itu memerlukan hanya tiga mata dari baki enam perlawanan untuk mengesahka­n kejuaraan liga yang pertama mereka.

Bayern, yang mengintai kejuaraan liga yang ke-11 berturut-turut, mungkin akan melepaskan kejuaraan mereka minggu ini, di antara dua perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Arsenal.

Union melakukan yang terbaik untuk bertahan walaupun asakan demi asakan Leverkusen tetapi seperti memberikan kelebihan kepada Leverkusen sebelum rehat apabila pemain pertahanan­nya, Robin Gosens menerima kad kuning kedua perlawanan dengan satu kekasaran ke atas Nathan Tella di hadapan kotak penalti.

Selepas beberapa pergelutan bola dalam kotak penalti dari satu tendangan sudut, bola terkena tangan kapten Union, Christophe­r Trimmel, membolehka­n satu penalti diberikan kepada Leverkusen selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).

Writz tenang menyempurn­akan penalti untuk gol peribadi ketiga dari dua perlawanan terakhir.

Pada lewat separuh masa kedua, penyokong Leverkusen mendapat tahu bahawa Bayern ketinggala­n di Heidenhem, membolehka­n mereka memulakan pesta kegembiraa­n.

“Sudah tentu situasinya menarik tetapi kami belum mahu meraikan sebarang kejayaan ketika ini,” kata Alonso.

“Kami mungkin meraikan sesuatu Sabtu ini. Sebelum itu, ada perlawanan Liga Europa (menentang West Ham United).

“Tiada apa yang disahkan ketika ini dan kami perlu menunggu sedikit masa lagi.”

Bayern kelihatan bermain dengan selesa, walaupun kehilangan beberapa pemain utama kerana kecederaan, termasuk penjaga gol Manuel Neuer, Leroy Sane dan Kingsley Coman, dengan jurulatihn­ya, Thomas Tuchel memberi sebahagian perhatian kepada perlawanan menentang Arsenal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia