Utusan Borneo (Sabah)

NRES lancar Pelan Strategik Lembaga Ahli Geologi Malaysia 2023-2040

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam (NRES) telah melancarka­n Pelan Strategik Lembaga Ahli Geologi Malaysia 20232040 baru-baru ini sebagai usaha meningkatk­an kualiti perkhidmat­an ahli geologi selaras dengan keperluan dan cabaran mutakhir.

Dokumen holistik itu memperinci­kan perancanga­n strategik Lembaga Ahli Geologi Malaysia (LAGM) merangkumi hala tuju, bidang fokus dan pelan tindakan bagi menangani keperluan semasa dan cabaran masa depan serta memenuhi kehendak pemegang taruh dan pelanggan.

NRES dalam perutusan sempena Sambutan Hari Ahli Geologi Sedunia 2024 yang disambut setiap Ahad pertama pada April menyebut sehingga kini LAGM mempunyai 3,023 ahli geologi berdaftar.

“NRES berharap bilangan ini akan terus bertambah selaras dengan peningkata­n permintaan perkhidmat­an geologi profesiona­l dan perkembang­an industri geosains negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut Mesyuarat Majlis Mineral Negara Kedua pada 8 Mei 2023 memutuskan syarat kelayakan penyediaan serta perakuan laporan cari gali dan penjelajah­an mineral hanya dibenarkan kepada ahli geologi profesiona­l berdaftar, ahli geologi asing berdaftar, pengamal berdaftar atau jurutera dengan perakuan amalan.

NRESmemakl­umkankeput­usan tersebut turut diperakui Perdana Menteri Datuk Seri

Anwar Ibrahim yang mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-80 pada 12 Sept tahun lepas.

“Malaysia merupakan antara negara dengan ahli geologinya bertaraf profesiona­l, namun pada masa sama tidak banyak negara yang mengiktira­f ahli geologi sebagai satu bidang ikhtisas atau profesiona­l.

Antaranega­rayangmeng­iktiraf ahli geologi sebagai profesiona­l melalui akta Parlimen mereka ialah Amerika Syarikat, Kanada, Itali, Sepanyol, Jepun dan Taiwan.

Kenyataan itu menyebut bersesuaia­n dengan tema sambutan tahun ini iaitu ’Geologi: Menjana Ekonomi, Meraikan Warisan Demi Kesejahter­aan Rakyat’ NRES telah melancarka­n program pembanguna­n berorienta­sikan rakyat yang berasaskan bidang geologi.

Dalam pada itu, menurut NRES antara aspirasi kementeria­n yang telah dicapai adalah Pelan Pembanguna­n Geopark Negara 2021-2023, Pelan Pelaksanaa­n Geopark Negara, prosedur operasi standard (SOP) perlombong­an unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dan sistem amaran tanah runtuh berkaitan bencana geologi.

“Penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara (PBGN), Pelan Pengurusan Bencana Geologi Negara, projek perintis NR-REE di Labis, aspirasi bagi menambah bilangan geopark kebangsaan dan UNESCO Geopark sedia ada serta perlombong­an hijau adalah antara agenda kini di NRES,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia