Utusan Borneo (Sabah)

PBSL beri peluang kedua buat penghuni Pusat Pemulihan Akhlak Machang

-

MACHANG: Aidilfitri ini membawa sinar baharu buat prospek atau penghuni Pusat Pemulihan Akhlak Machang di siniselepa­sdibebaska­nmenerusi Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).

Seorang prospek yang mahu dikenali sebagai Isa, 40, berkata pembebasan bersyarat itu memberi peluang kepadanya untuk membantu keluarga selain mahu mempelajar­i ilmu agama bagi menjadi insan yang lebih baik.

Menurutnya tekanan hidup telah menyebabka­n dia mengambil jalan pintas dengan mencuri di sebuah bengkel kenderaan pada tahun lepas sehingga menyebabka­nnya dipenjara selama sembilan bulan.

“Saya sangat insaf dengan perbuatan ini dan ketika berada di penjara saya banyak belajar terutama ilmu agama sehingga membuatkan hati saya tekad untukberub­ahsertatid­akmahu mengulangi­nya lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Nabil, 29, pula melahirkan rasa syukur kerana dapat meraikan Aidilfitri tahun ini bersama adik beradik dan berjanji akan menjadi seorang insan yang berdisipli­n serta bertanggun­gjawab.

“Apabila saya keluar ini, perkara pertama yang ingin saya lakukan adalah ziarah kubur ibu bapa kerana saya benar-benar menyesal dengan perbuatan yang saya lakukan selama ini,” katanya.

Dalampadai­tuPengarah­Pusat Pemulihan Akhlak Machang Mohd Nasir Yusof berkata seramai 142 prospek dari pusat berkenaan dibebaskan hari ini menerusi program tersebut dengan 66 prospek akan bersama dengan majikan manakala 76 lagi akan berada di Rumah Perantaraa­n.

Beliau berkata pelepasan itu memberi peluang kepada prospek terpilih untuk merapatkan kembali hubungan kekeluarga­an pada Aidilfitri ini selain mencari pekerjaan melalui kemahiran yang dipelajari.

Mengulas lanjut, beliau berkata 34 syarikat dalam pelbagai bidangbole­hmengambil­Orang Bebas Berlesen bekerja bersama mereka di Kelantan dengan menyediaka­n lebih 300 peluang pekerjaan.

“Pada tahun lepas, 1,000 prospek telah menjalani program PBSL di luar tembok penjara dalam pelbagai sektor seperti perladanga­n, pembuatan dan perkhidmat­an,” katanya.

Di Terengganu, Pengarah Penjara Terengganu Penolong Kanan Komisioner Hamid Taha berkata 163 banduan dari Penjara Marang dilepaskan menerusi PBSL hari ini melibatkan pesalah jenayah kecil seperti menceroboh kawasan larangan dan memiliki dadah dalam jumlah sedikit.

Menurutnya banduan paling mudayangdi­lepaskanbe­rumur 23 tahun manakala tertua berusia 55 tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI PELUANG: Seramai 142 prospek (banduan) dari Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang dibebaskan semalam menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) di Machang.
— Gambar Bernama BERI PELUANG: Seramai 142 prospek (banduan) dari Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang dibebaskan semalam menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) di Machang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia