Utusan Borneo (Sabah)

JAS keluar notis, kompaun dalam Op Gempur Raya

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah mengeluark­an 83 arahan di lapangan, 41 notis arahan serta empat kompaun sepanjang Op Gempur Raya 2024 dilaksanak­an di negeri ini.

Pengarahny­a, Amirul Aripin, berkata pihaknya juga sedang menyediaka­n kertas siasatan untuk pendakwaan di mahkamah untuk empat kes terbabit.

Katanya, sepanjang operasi bermula bermula 17 Mac sehingga 5 April lalu, JAS Sabah memeriksa keseluruha­n 84 premis di kawasan Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Sipitang.

Menurutnya, pemeriksaa­n yang dilaksanak­an 32 pegawai penguat kuasa JAS Sabah dengan tujuh pasukan dibentuk.

Ia bagi melaksanak­an operasi memeriksa premis termasuk kilang makanan dan minuman, industri pembuatan serta perkilanga­n dan perkhidmat­an.

“Antara kesalahan dikesan termasuk melanggar perundanga­n

Pantai Barat (Kota Kinabalu)

5.02 12.20 3.23 6.25 7.35

Bandar Sandakan, Bukit Garam, Semawang, Tomanggong, Bukit Garam dan Kinabatang­an (Zon I)

4.45 4.55 12.12 3.16 6.17 7.27

Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah (Zon II)

4.49 4.59 12.16 3.20 6.21 7.31

Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak (Zon III)

4.43 4.53 12.10 3.15 6.15 7.25

Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan (Zon IV)

4.47 4.57 12.14 3.19 6.18 7.28

Kudat, Kota Marudu, Pitas, Pulau Banggi (Zon V)

4.48 4.58 12.16 3.18 6.22 7.32

Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau (Zon VIII)

4.52 5.02 12.19 3.23 6.24 7.34

Tenom, Long Pasia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang (Zon IX)

4.54 5.04 12.21 3.26 6.26 7.36 alam sekitar yang dilakukan pihak industri iaitu tidak mematuhi peraturan efluen perindustr­ian serta tidak mematuhi peraturan buangan terjadual.

“Terdapat juga kesalahan gagal mematuhi syarat lesen khususnya premis yang dikategori­kan sebagai premis ditetapkan melibatkan penahanan operasi kelengkapa­n (POK) dan penyediaan kertas siasatan.

“Kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan

Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 adalah kesalahan yang banyak dilakukan oleh industri yang diperiksa.

“Notis Arahan dikeluarka­n kepada pihak premis yang terbabit agar mengambil tindakan pembaikan dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, Op Gempur Raya diadakan bagi mencegah pencemaran alam sekitar sempena musim perayaan dan memastikan pihak industri khususnya sentiasa mematuhi kehendak perundanga­n alam sekitar dalam menjalanka­n operasi di premis masing-masing.

“Operasi ini juga menunjukka­n tindakan serius pihak JAS dalam membantera­s dan mengambil tindakan perundanga­n kepada manamana pihak yang melanggar perundanga­n alam sekitar mengikut Akta Kualiti

Alam Sekeliling 1974 dan peraturan di dalamnya terutama pada musim perayaan ini.

“Diharap pelaksanaa­n Ops Gempur Raya serta tindakan penguatkua­saan yang diambil ini dapat memberi mesej kepada semua pihak bahawa JAS Sabah serius membantera­s sebarang bentuk pencemaran alam sekitar oleh mana-mana pihak khususnya sektor industri.

“Pihak industri hendaklah menjalanka­n operasi premis mengikut kehendak perundanga­n dan memastikan kepentinga­n alam sekitar diberi perhatian serius,” katanya.

Tambahnya, manamana pihak yang didapati melanggar kehendak perundanga­n alam sekitar akan dipantau dengan lebih ketat oleh

JAS dan pihak terbabit perlu melaksanak­an serta membuktika­n langkah pembaikan dilaksanak­an dengan kadar segera.

“JAS Sabah akan terus melaksanak­an Op Gempur seperti ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pihak industri sentiasa mematuhi kehendak perundanga­n alam sekitar,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? NOTIS: Pasukan penguat kuasa JAS Sabah menampal notis arahan di salah satu premis yang diperiksa.
NOTIS: Pasukan penguat kuasa JAS Sabah menampal notis arahan di salah satu premis yang diperiksa.
 ?? ?? PERIKSA: Pasukan penguat kuasa JAS Sabah memeriksa salah sebuah premis di sini.
PERIKSA: Pasukan penguat kuasa JAS Sabah memeriksa salah sebuah premis di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia