Utusan Borneo (Sabah)

Sambut secara sederhana, kekalkan perpaduan: Bung Moktar

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Umat Islam di negeri ini dinasihatk­an menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini secara sederhana dan mengamalka­n pengurusan kewangan berhemah.

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, rakyat kini berhadapan dengan cabaran ekonomi dengan peningkata­n kos sara hidup.

Katanya, rakyat juga berhadapan dengan cabaran lain seperti kelemahan dari segi kemudahan jalan raya yang tidak sempurna, gangguan bekalan air, elektrik dan sebagainya.

“Ini sedikit sebanyak akan menjadi cabaran kepada kita untuk merayakan Hari Raya pada tahun ini.

“Umat Islam perlu bersabar menerima keadaan ini, bagaimanap­un dalam masa yang sama mereka perlu berfikir dengan lebih positif melihat ke hadapan bagi melakukan perubahan terutamany­a dalam menentukan kerajaan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024, semalam.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatang­an berkata, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun umat Islam perlu bersyukur kerana masih dapat menyambut dalam suasana aman dan harmoni.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu turut menjelaska­n masyarakat Sabah terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

“Hari Raya Aidilfitri wajar disambut dengan penuh kegembiraa­n, budaya meraikan hari kebesaran agama dan amalan kunjung-mengunjung­i boleh menjadi jambatan perpaduan yang utuh untuk rakyat di negara ini.

“Sempena bulan yang baik ini, saya mengajak rakyat khususnya di Sabah agar menolak pelbagai provokasi pihak tertentu terutamany­a yang mengaitkan UMNO dengan budaya pelampau dan sebagainya.

“UMNO sudah bertapak di Sabah selama 33 tahun, dipimpin oleh anak Sabah malah ada sebahagian­nya dipimpin oleh masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut,” katanya.

Sambil mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri, Bung Moktar bersama keluarga berharap sambutan Aidilfitri tahun ini kekal ceria dan harmoni meskipun dengan pelbagai cabaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia