Utusan Borneo (Sabah)

‘Rumah Kampung Lama Melayu Tawau’ menjadi pilihan

Menghiasi lokasi tumpuan Bulatan Jalan Chester sebagai simbolik sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Replika ‘Rumah Kampung Lama Melayu Tawau’ menjadi pilihan hiasan di Bulatan Jalan Chester, sebagai simbolik menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Bulatan Jalan Chester adalah salah satu lokasi tumpuan di daerah ini, di mana setiap kali ketibaan musim perayaan atau hari kebesaran tertentu ia akan dihiasi pelbagai dekorasi dan replika mengikut kesesuaian.

Hiasan di kawasan itu pada dasarnya adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungja­wab pihak Majlis Perbandara­n Tawau (MPT).

Namun, setiap tahun MPT akan mempelawa manamana NGO mahupun syarikat swasta yang berminat untuk menyumbang dan menaja kos keseluruha­n pembinaan hiasan ini.

Justeru, bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, tanggungja­wab itu diberikan sepenuhnya kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) seperti tahun sebelumnya.

TimbalanPr­esidenPKMT, Ts. Ismail Awang berkata, hiasan kali ini adalah bertemakan Rumah Kampung Lama Melayu Tawau.

Katanya, konsep itu diadaptasi daripada kewujudan sebuah rumah PKMT di Jalan Persatuan di daerah ini sekitar tahun 1940-an dulu.

“Binaan hiasan yang sangat ikonik dan unik itu telah disiapkan pada 6 April lepas dan menjadi tumpuan masyarakat di daerah ini.

“Ia sempat tular di media sosial dan rata-rata masyarHari akat memberikan komen yang positif serta memuji usaha yang dilakukan oleh PKMT,” katanya.

Ismail berkata, pihaknya menerima maklum balas bahawa, dekorasi kali ini sangat bersesuaia­n kerana dapat menggamit kembali kenangan silam sambutan Raya di Tawau.

“Mungkin ramai tidak tahu bahawa rumah ini adalah simbolik perpaduan kerana pada masa dahulu terdapat sebuah rumah yang dikenali sebagai rumah Persatuan.

“Rumah itu adalah platform perpaduan dan persatuan penduduk tempatan Islam bersatu tanpa mengira etnik mahupun bangsa ketika zaman penjajah sehingga menuntut kemerdekaa­n,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, rumah tradisiona­l ini juga adalah simbolik kepada anak-anak perantauan untuk pulang berhari raya.

“Sejauh mana dan di mana pun kita merantau, janganlah lupa asal-usul kampung halaman. Jenguk-jenguklah orang tua yang ada di kampung selagi mereka masih ada,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, kos pembinaan hiasan ini adalah daripada dana PKMT serta sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan orang ramai.

“PKMT sangat berterima kasih kepada MPT, Kaunselor MPT dan Gajir Art Calligraph­y yang telah memberikan komitmen tinggi dari segi hasil seni, kreativiti, masa dan tenaga.

“Saya juga ingin menzahirka­n terima kasih kepada Jurutera MPT, Muhd Ikhsan yang memberi ilham dekorasi rumah PKMT ini,” katanya.

 ?? ?? UNIK: Replika Rumah Kampung Lama Melayu Tawau yang telah siap di Bulatan Jalan Chester.
UNIK: Replika Rumah Kampung Lama Melayu Tawau yang telah siap di Bulatan Jalan Chester.
 ?? ?? MENARIK: Ismail bergambar di kawasan halaman tepi rumah replika berkenaan.
MENARIK: Ismail bergambar di kawasan halaman tepi rumah replika berkenaan.
 ?? ?? BERBAKAT: Ismail (tengah) bersama pereka rumah berkenaan Gajir (kiri) dan Douglas.
BERBAKAT: Ismail (tengah) bersama pereka rumah berkenaan Gajir (kiri) dan Douglas.
 ?? ?? BERSEJARAH: Gambar lama ahli PKMT berada di hadapan rumah PKMT tahun 1949.
BERSEJARAH: Gambar lama ahli PKMT berada di hadapan rumah PKMT tahun 1949.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia