Utusan Borneo (Sabah)

Selamat Aidilfitri, indahnya Sabah negeriku

-

KOTA KINABALU untuk bangkit dan menang melawan gugatan.

Kekuatan yang utuh diperlukan bagi menghadapi apa jua cabaran. Kita boleh menempuhin­ya dengan kudrat pengorbana­n, semangat kebersamaa­n dan kesungguha­n melaksana ikhtiar bersama.

Seperti kata Hajiji dalam perutusann­ya sempena Aidilfitri, sambutan ini adalah wadah kesatuan dan iktibar mengukuhka­n iltizam untuk membangunk­an negeri ini.

Beliau mengakui kerajaan negeri yang dipimpinny­a sejak lebih tiga tahun lalu mengharung­i pelbagai bentuk ujian dan cabaran.

Bermula serangan pandemik sehinggala­h membawa kepada isu ekonomi dan pergolakan politik.

“Namun, berkat kesabaran, kecekalan dan perpaduan dalam kalangan rakyat, semuanya kita hadapi dengan penuh tabah dan bijaksana,” katanya.

Beliau turut menyatakan rasa gembira kerana Sabah dianugerah­i kepelbagai­an budaya dan kepercayaa­n, sekali gus membolehka­n rakyatnya hidup aman dan saling menghormat­i antara satu sama lain.

Hakikatnya, Aidilfitri harus menjadi pemersatu bagi kita semua rakyat Sabah yang bernaung di negeri bertuah ini.

Jangan sesekali tabur bibit-bibit perpecahan, sebaliknya sama-sama menyuburka­n benih perpaduan supaya negeri Sabah yang dicintai ini kekal kuat bersatu, makmur dan inklusif.

Ketepikan politik sempit, buang sebarang unsur perpecahan dan bersama-sama kita memakmurka­n Sabah di bawah paksi pembanguna­n Sabah Maju Jaya (SMJ).

Semoga pada hari kemenangan sempena Aidilfitri ini menjadi momentum bagi kita semua rakyat Sabah untuk bangkit dan bersatu, membawa negeri mencipta dimensi baharu, seiring harapan kepemimpin­an yang berjiwa rakyat.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

 ?? ?? HAJIJI
HAJIJI
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia