Utusan Borneo (Sabah)

Isu sensitif: Umat Islam harus elak ambil tindakan sendiri

-

KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatk­an untuk tidak mengambil tindakan sendiri berhubung sebarang isu yang menyentuh sensitivit­i agama Islam, namun pada masa sama kerajaan dan pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan pantas dalam menangani isu-isu berbangkit berkaitan agama Islam.

Felo Kursi Institusi RajaRaja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mujibu Abd Muis berkata jika ada pihak yang bertindak mengambil tindakan sendiri, perkara itu dikhuatiri akan menimbulka­n kekacauan yang tidak baik untuk keharmonia­n negara.

“Semua pihak harus membiarkan kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya, tetapi sebagai umat Islam sudah tentu kita mahu tindakan tegas dan hukuman berat diambil, jika benar satu-satu isu yang berbangkit itu mempersend­akan agama Islam.

“Bagaimanap­un kalau sesuatu isu yang timbul itu hanyalah sekadar tafsiran sendiri dan tiada bukti apa yang berlaku itu benar-benar bersifat menghina Islam, jadi tidak perlulah sensitif yang melampau sampai semua perkara hingga nampak huruf ‘T’ pon dikatanya salib… jadi dalam hal begini umat Islam harus ada rasional untuk melihat sesuatu isu yang berbangkit itu,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata langkah ini juga bertepatan dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, yang menyeru agar orang Melayu khususnya di negeri itu mengambil jalan perpaduan serta memperkuku­h keharmonia­n sesama masyarakat berbilang bangsa dan agama.

“Jika dilihat isu yang timbul sejak kebelakang­an ini berkait dengan sensitivit­i umat Islam khusunya melibatkan kalimah Allah, memang betul ia sangat sensitif dan mengguris semua umat Islam, namun kita juga melihat tindakan pantas kerajaan dari sudut perundanga­n, orang yang melakukann­ya juga sudah didakwa di mahkamah dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim juga telah menerima mengadap pelaku.

“Saya rasa apa dilakukan umat Islam di Malaysia dengan memboikot juga jelas menunjukka­n impak dan jadi pengajaran kepada semua, bahawa hal-hal sebegini tidak harus dibangkitk­an,” katanya.

Mujibu berkata titah Sultan Sharafuddi­n juga tepat, memandangk­an pada ketika ini ujian dan kontrovers­i yang melanda umat Islam telah menerima pelbagai reaksi dan titah ini juga adalah bagi rmengelakk­an perkara buruk berlaku.

“Untuk elakkan perkara buruk berlaku maka semua orang harus kembali kepada seruan yang dikatakan oleh Baginda dengan mengambil jalan tengah dan bersifat sederhana,” katanya.

Beliau berkata dalam menggesa agar kerajaan dan pihak berkuasa bertindak tegas, setiap proses dan prosedur tertentu bagaimanap­un harus diikuti agar tidak menjadi back fire kepada kerajaan. — Bernama*

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia