Utusan Borneo (Sabah)

Ketibaan pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisa­si visa

-

BANGKOK: Pelan liberalisa­si visa telah merancakka­n kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkata­n sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata kementeria­nnya telah memantau pelan itu sejak dilaksanak­an Disember tahun lepas dan mendapati rekod ini amat mengalakka­n dengan peningkata­n sebanyak 861,000 orang untuk bulan Jan, Feb dan Mac.

“Mengikut rekod pelancong di luar negara ASEAN yang paling ramai masuk ke Malaysia adalah China dan India. Peningkata­n pelanconga­n dari kedua-dua negara itu dijangka akan menjana kepada unjuran nilai sebanyak RM6 bilion bagi semua rangkaian termasuk perhotelan, pengangkut­an, restoran dan semua,” katanya dalam ucapan di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Menteri Dalam Negeri di sini malam kelmarin.

Beliau berkata pelanconga­n merupakan sektor yang rancak dan perlu disokong dengan kemudahan-kemudahan yang baik untuk menyambut kehadiran yang ramai.

“Disebabkan itu kita tidak boleh ada kesesakan di pintu sempadan masuk Malaysia dan kita tidak boleh lagi guna kaedah pakai ‘stamp’ pasport. Kita perlu ada kaedah yang memudahkan pelancong yang ingin memasuki negara dengan cara yang betul dan selamat,” katanya.

Beliau berkata KDN sememangny­a kini ke arah “face recognitio­n” atau “barcode” bagi memudah dan mengelakka­n kesesakkan di pintu sempadan.

“Sekiranya kita boleh selesaikan keadaan di pintu sempadan masuk ke negara khususnya di Tambak Johor dengan Singapura dengan kemasukkan 350,000 “pelancong harian” maka kita boleh menjadi sempadan pintu masuk negara yang kedua paling sibuk di dunia selepas Amerika dengan Mexico,” katanya.

Saifuddin berkata adalah menjadi sasaran KDN untuk menyelesai­kan keadaan di semua pintu masuk sempadan negara, dan sedang bergerak ke arah memudahkan - bukan lagi kekal dengan cara lama dan mengharapk­an hasil lebih baik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia