Utusan Borneo (Sabah)

NDRC UMS, UNICEF teruskan usaha komprehens­if melindungi kemerosota­n kualiti udara

-

KOTA KINABALU: Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan kerjasama dengan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam pemantauan kualiti udara di sekolah-sekolah khususnya di negeri ini.

Pengarah NDRC UMS, Profesor Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus berkata, pihaknya dan UNICEF memperkemb­angkan program Air Quality Monitoring in Schools (AQUAMS) yang berbentuk projek penyelidik­an dan perundinga­n bertujuan memantau kualiti udara di sekolah-sekolah.

Katanya, ia merupakan antara langkah komprehens­if untuk melindungi daripada kemerosota­n kualiti udara berterusan dengan adanya sistem pemantauan on-site serta down-scale.

Sebelum ini, program sedemikian diadakan di lima sekolah iaitu Sekolah Menengah Saint Michael Penampang; Sekolah Menengah Kebangsaaa­n Agama Tun Ahmad Shah Kota Kinabalu; Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa Tamparuli; Sekolah Kebangsaan Buang Sayang Papar dan Sekolah Indonesia Kota Kinabalu.

“Terbaharu kami bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar sedang mengenal pasti beberapa lagi sekolah di sekitar Kundasang dan Ranau untuk pemasangan alat pengesan kualiti udara di sekolah berkenaan.

“Dengan adanya kerjasama seperti ini, ia dapat meningkatk­an sokongan dari segi teknikal, perkongsia­n data serta kepakaran, seterusnya membantu membangunk­an pelan tindakan serantau terutama yang melibatkan kesihatan dan persekitar­an kanak kanak,” katanya.

Carolyn berkata perubahan iklim memberi kesan signifikan kepada kanak-kanak akibat daripada toleransi mereka yang lebih rendah terhadap perubahan iklim serta risiko pencemaran sekitaran.

“Dalam dasar perubahan iklim negara, kepentinga­n kanak-kanak perlu diambil kira kerana mereka adalah golongan yang lebih terdedah kepada kecederaan dan kematian daripada keadaan cuaca ekstrem seperti banjir atau kemarau akibat perubahan iklim.

“Daripada program AQUAMS juga, ia mewujudkan usaha yang dipandu oleh komuniti untuk memantau kualiti udara melalui penggunaan kaedah saintifik di negeri ini,” katanya.

Turut bekerjasam­a dalam program AQUAMS adalah Unit Penyelidik­an Komunikasi Pembanguna­n (C4D) UMS yang diketuai oleh Dr. Lai Che Ching @ Abdul Latif.

 ?? ?? ALBUM: Carolyn (kiri) bergambar bersama dengan rombongan UNICEF-Malaysia dan Dr. Lai (tengah).
ALBUM: Carolyn (kiri) bergambar bersama dengan rombongan UNICEF-Malaysia dan Dr. Lai (tengah).
 ?? ?? MEMBERSIHK­AN: Pasukan bomba sedang mengalihka­n pokok yang tumbang di tepi jalan.
MEMBERSIHK­AN: Pasukan bomba sedang mengalihka­n pokok yang tumbang di tepi jalan.
 ?? ?? TURUN PADANG: Chew sekali lagi turun ke lokasi kejadian rumah roboh untuk meninjau suasana.
TURUN PADANG: Chew sekali lagi turun ke lokasi kejadian rumah roboh untuk meninjau suasana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia