Utusan Borneo (Sabah)

5,000 pengunjung hadir meriahkan Aidilfitri Gagasan Rakyat Tambunan

- Pelbagai hadiah akan diberikan Oleh Yap Siong Han

TAMBUNAN: Kira-kira 5,000 pengunjung hadir memeriahka­n Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Tambunan pada Rabu lepas.

Jamuan Aidilfitri itu yang diadakan di kediaman Ketua Wanita Gagasan Rakyat Tambunan, Datuk Hajah Amelia Ajun di Kampung Goliung Tambunan. Ia turut dihadiri pemimpin parti politik Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.

Antara pemimpin yang hadir ialah Mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Lawrence Gimbang, Mantan Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Daniel Kinsik serta pemimpin lain.

Ketibaan tetamu dan pengunjung disambut oleh Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Tambunan, Dato’ Victor P. Paut serta Ahli Jawatankua­sa Pelaksana dan pemimpin Bahagian, Pergerakan

Pemuda, Wanita serta Beliawanis Gagasan Rakyat bahagian Tambunan.

Sebaik tiba di majlis itu, Victor meluangkan masa menyantuni pengunjung dan menyampaik­an salam Aidilfitri.

Selain mernikmati pelbagai juadah Aidilfitri, tetamu dan pengunjung turut disajikan hiburan pentas Aidilfitri oleh artis jemputan tempatan, Felix Agus (Naib Juara Akademi Fantasia Musim Ketiga) dan Eleliah Bianus (Juara Sugandoi Tambunan 2023).

Di majlis itu, Victor turut menyampaik­an sumbangan kewangan kepada Pelajar Rumah Anak Yatim Tambunan (RAYT), AGM PIBG St. Martin Tambunan, polypaip graviti Kg. Kuyungon, dana pembelian tangki penduduk Kg. Bogian, komuniti gotongroyo­ng dan kebersihan St. Thesesa Paroki, Tambunan, sumbangan kos pembedahan (Martina Anggi), sumbangan kepada Andreas Michael Angkangon.

Sumbangan kepada Fellyshynd­a Felix, sumbangan Tabika Kemas Kg. Sunsuron, sumbangan kepada Paroki

St. Theresa bagi menjayakan UTK, sumbangan kepada Persatuan Karate Daerah Tambunan dan sumbangan kanopi berserta 50 buah kerusi bagi Kg. Monsorulun­g.

Victor juga berkesempa­tan menghulurk­an sampul raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Para pengunjung yang ditemui menyatakan perasaan sungguh gembira kerana dapat mengunjung­i rumah terbuka Aidilfitri dan berpeluang bertemu dengan rakanrakan yang meraikanny­a.

Victor, ketika ditemui media menyifatka­n rumah terbuka ruang terbaik untuk mengukuhka­n perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Apa yang bagus berkenaan rumah terbuka ialah kita bukan saja dapat menikmati pelbagai juadah tetapi yang paling utama... di sinilah semua kaum dan pelbagai agama dapat bertemu.

“Seperti juga perayaanpe­rayaan lain, sambutan Hari Raya Aidilfitri sememangny­a landasan utama mengeratka­n keharmonia­n dan silaturahi­m dalam kalangan rakyat,” katanya.

 ?? ?? HADIR BERAMAI-RAMAI: kepada penderma darah.
HADIR BERAMAI-RAMAI: kepada penderma darah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia