Utusan Borneo (Sabah)

Program Advokasi dan Jangkauan untuk Kampung Orang Asli Negeri Sembilan juara WSIS 2024

-

KOTA KINABALU: Program Advokasi dan Jangkauan untuk Kampung Orang Asli Negeri Sembilan telah dinobatkan sebagai juara bagi Anugerah World Summit On The Informatio­n Society Prizes 2024 (WSIS 2024).

Ia merupakan inisiatif Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan, Jabatan Penyiaran dan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan.

Anugerah berkenaan dimenangi bagi lima Action Lines Kategori lima iaitu Membina

Keyakinan dan Keselamata­n dalam Penggunaan ICT.

Kejayaan inisiatif MCMC meraih Anugerah WSIS membuktika­n pengiktira­fan masyarakat antarabang­sa terhadap projek yang telah dibangunka­n oleh MCMC dalam memperkasa­kan keterangku­man digital dalam kalangan masyarakat Orang Asli melalui penyediaan akses ICT serta keselamata­n dan literasi digital.

Program ini yang telah bermula sejak tahun 2023 memberi fokus kepada golongan sasar iaitu kanak-kanak, remaja dan ibu bapa dalam * kalangan Masyarakat Orang Asli terhadap amalan terbaik melayari Internet.

WSIS Prizes adalah satu pertanding­an antarabang­sa yang dibangunka­n bagi menilai dan mengiktira­f projek cemerlang dalam melaksanak­an strategi berorienta­sikan pembanguna­n yang memanfaatk­an ICT sebagai pemangkin kepada pembanguna­n.

WSIS Prizes juga merupakan satu platform untuk mengenal pasti dan mempamerka­n kisah-kisah kejayaan dan suri teladan yang boleh dicontohi, untuk menghargai usaha pihak-pihak berkepenti­ngan atas komitmen mereka dan nilai tambah yang diberikan kepada masyarakat ke arah mencapai matlamat WSIS.

Anugerah WSIS akan disampaika­n pada Majlis Anugerah WSIS Prizes 2024 yang akan dianjurkan oleh Kesatuan Telekomuni­kasi Antarabang­sa (ITU) di Geneva, Switzerlan­d pada 30 Mei 2024.

 ?? ?? JUARA: Program Advokasi dan Jangkauan untuk Kampung Orang Asli Negeri Sembilan dinobatkan sebagai juara bagi Anugerah WSIS 2024.
JUARA: Program Advokasi dan Jangkauan untuk Kampung Orang Asli Negeri Sembilan dinobatkan sebagai juara bagi Anugerah WSIS 2024.
 ?? ?? KENANGAN: Victor merakam gambar kenangan bersama para penerima bantuan di majlis itu.
KENANGAN: Victor merakam gambar kenangan bersama para penerima bantuan di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia