Utusan Borneo (Sabah)

Polis pantau kanak-kanak jalanan, dalang sindiket

- Oleh Lichong Angkui

KOTA KINABALU:

Polis Sabah memantau kehadiran kanakkanak jalanan tanpa kewarganeg­araan di negeri ini, termasuk golongan Palauh bagi mengelak dieksploit­asi oleh sindiket jenayah.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata walaupun sehingga kini tiada maklumat pembabitan sindiket, namun pihaknya akan melaksanak­an tindakan susulan.

Katanya, kehadiran kanak-kanak tanpa warganegar­a itu menimbulka­n pelbagai masalah termasuk dari segi sosial apabila mereka sering dilihat berkeliara­n meminta sedekah.

Beliau berkata pihak berkuasa melaksanak­an pelbagai langkah dan pendekatan menangani kehadiran kanak-kanak berkenaan.

Namun, katanya, usaha yang dilaksana itu tidak berkekalan dan isu berkenaan timbul semula sejak kebelakang­an ini.

“Mengenai dakwaan konon ada sindiket mendalangi mereka, sehingga kini tiada bukti jelas... bagaimanap­un, polis akan melaksana tindakan bagi mengenal pasti sindiket berkenaan, sekiranya ada.

“Saya pecaya kerajaan negeri telah merancang beberapa pendekatan untuk menangani isu ini,” katanya dalam pertemuan eksklusif di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kehadiran semula kanak-kanak tanpa warganegar­a, terutama di ibu negeri yang dikatakan muncul semula kebelakang­an ini.

Kanak-kanak tidak bernegara itu sering kelihatan berkeliara­n di bandar utama, khususnya Kota Kinabalu termasuk mengemis di kawasan persimpang­an lampu isyarat.

Kehadiran mereka bukan saja menjejaska­n imej negeri ini, tetapi turut membawa risiko dari segi keselamata­n.

Selain kanak-kanak, ada juga kelihatan beberapa ibu yang mengendong anak kecil meminta sedekah.

Sebelum ini, kerajaan menyediaka­n pusat perlindung­an sementara bagi menempatka­n kanak-kanak tidak berwargane­gara itu.

Jauteh berkata tindakan yang dilaksana polis adalah seiring dengan usaha kerajaan negeri menangani isu berkenaan secara tuntas.

 ?? ?? JAUTEH
JAUTEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia