Utusan Borneo (Sabah)

SMJ FOKUS BANGUN MODAL INSAN

Sejumlah RM474.55 juta untuk tingkat tahap pendidikan di Sabah, kata Hajiji

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kerajaan negeri memperuntu­kkan bajet yang besar iaitu sebanyak RM474.55 juta untuk meningkatk­an tahap pendidikan di Sabah tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji

Haji Noor, berkata peruntukan itu untuk memperkuku­hkan pembanguna­n modal insan seperti pemberian biasiswa dan dermasiswa, pembanguna­n serta operasi sekolah termasukla­h perpustaka­an.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dan keutamaan kepada keperluan pendidikan serta isu pendidikan demi memastikan pendidikan anak bangsa terus diberikan perhatian kerana merekalah permata negara.

“Kerajaan negeri juga komited dan telah merangka pelbagai program dan memperkasa­kan inisiatifi­nisiatif sedia ada.

“Inisiatif itu bagi memastikan setiap anakanak mempunyai akses kepada pendidikan demi kecemerlan­gan pendidikan di negeri ini, termasukla­h memperkasa ekosistem sains, teknologi dan inovasi,” katanya.

Menurutnya, ia juga sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam pelan pembanguna­n Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan kepentinga­n modal insan.

“Inilah bukti betapa kerajaan sangat prihatin akan kebajikan rakyatnya dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk meningkatk­an tahap pendidikan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tahun 2024 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kung Ming, di sini semalam.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan. Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin.

Hajiji juga mengucapka­n tahniah kepada semua pendidik atas kejayaan yang dicapai dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dengan lonjakan yang amat memberangs­angkan.

Katanya, pencapaian calon peperiksaa­n SPM tahun 2023 lebih baik berdasarka­n indeks

Gred Purata Negeri

(GPN) berbanding tahun lepas dengan nilai GPN 5.09 mata pada 2023 berbanding 5.22 mata pada tahun 2022, perbezaan

0.13 mata.

Beliau berharap dengan kerja bersungguh­sungguh dan penuh komitmen semua guru, dapat meneruskan legasi kecemerlan­gan pendidikan negeri Sabah.

 ?? ?? ANUGERAH: Nizam menyampaik­an anugerah Tokoh Guru kepada Abdul Aziz Mohamed Zain.
ANUGERAH: Nizam menyampaik­an anugerah Tokoh Guru kepada Abdul Aziz Mohamed Zain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia