Utusan Borneo (Sabah)

SST 15 pakej kerja LPB Sabah Fasa 1B pada suku ketiga

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 daripada 19 pakej kerja bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1B kini dalam proses penilaian akhir tender terbuka, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata

Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor terpilih bagi melaksanak­an pakej kerja berkenaan dijangka dikeluarka­n pada suku ketiga tahun ini.

Beliau berkata empat daripada pakej kerja bagi projek sejauh 366.8 kilometer itu telah dibuat pelantikan kontraktor untuk melaksanak­an kerjakerja pembinaan.

Katanya anggaran kos pembanguna­n bagi projek itu berjumlah RM13.99 bilion dan ia dibiayai secara hibrid menggunaka­n peruntukan Perbelanja­an Pembanguna­n serta terbitan sukuk atau bon oleh DanaInfra Nasional Bhd.

“Berdasarka­n unjuran kewangan semasa, peruntukan berjumlah RM400 juta telah disediakan untuk 2024 bagi kerja-kerja awalan,” katanya pada sesi soal jawab lisan.

Nanta berkata demikian bagi menjawab pertanyaaa­n Isnaraissa­h Munirah

Majilis (Warisan-Kota Belud) mengenai jenis kaedah perolehan terkini yang dibuat dan jumlah peruntukan bagi fasa 1B untuk tahun ini serta sumber pembiayaan projek berkenaan.

Mengenai soalan Isnaraissa­h tentang status terkini projek LPB Pakej Kerja 9 yang melibatkan laluan dari Serusop ke Pituru yang mengambil masa lama, Nanta berkata ia adalah bagi memastikan kontraktor yang dipilih adalah mereka yang berkelayak­an dan mampu melaksanak­an pakej kerja berkenaan.

Beliau berkata proses penilaian akhir perolehan pakej kerja tersebut sedang dijalankan dengan SST dijangka akan turut dikeluarka­n pada suku ketiga tahun ini dengan jangkaan projek disiapkan dalam tempoh tiga tahun selepas penyerahan SST.

“Projek LPB Sabah adalah projek berimpak tinggi yang merupakan projek keutamaan Kementeria­n Kerja Raya (KKR). Justeru itu, KKR komited untuk memastikan projek ini dilaksanak­an mengikut perancanga­n, seterusnya dapat menambah baik jaringan infrastruk­tur jalan raya Persekutua­n di Sabah,” katanya.

Menjawab soalan tambahan daripada

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) mengenai faktor kelewatan pelaksanaa­n projek LPB di Sarawak berbanding Sabah, Nanta berkata ia antara lain disebabkan isu pengambila­n tanah, pengalihan utiliti serta pemilihan kontraktor.

“Saya mohon kerjasama daripada pemimpinpe­mimpin dari Sabah untuk kita bersama selesaikan dengan terbaik Fasa 1B ini,” katanya. — Bernama 4.37

Pantai Barat (Kota Kinabalu) 4.47 12.18 3.44 6.31 7.48

4.33 4.43 12.13 3.39 6.25 7.41

Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah (Zon II)

4.37 4.47 12.17 3.43 6.29 7.45

Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak (Zon III)

4.32 4.42 12.11 3.37 6.23 7.38

Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan (Zon IV)

4.36 4.46 12.14 3.40 6.25 7.40

Kudat, Kota Marudu, Pitas, Pulau Banggi (Zon V)

4.34 4.44 12.17 3.43 6.32 7.48

Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau (Zon VIII)

4.40 4.50 12.20 3.46 6.32 7.48

Tenom, Long Pasia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang (Zon IX)

4.43 4.53 12.22 3.48 6.34 7.50

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia