Utusan Borneo (Sabah)

Warga pendidik di Sabah disaran kuasai IT

Penguasaan bidang IT memudahkan pendidik melahirkan modal insan berdaya saing

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Warga pendidik di negeri ini disaran supaya meningkatk­an ilmu pengetahua­n menerusi bidang teknologi maklumat (IT) dan pendigital­an selari era masa kini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penguasaan bidang IT memudahkan warga pendidik melahirkan modal insan yang berdaya saing.

Katanya, kerajaan negeri terus komited dan mengeluark­an peruntukan yang besar dalam memperkasa­kan bidang pendidikan di Sabah.

“Pelbagai inisiatif dan bantuan pendidikan disediakan bagi memperkasa­kan prestasi pendidikan di negeri ini supaya pelajar mampu menguasai bidang ilmu baharu termasuk IT.

“Setiap tahun Kementeria­n Sains Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah memberikan peruntukan bagi meningkatk­an bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) di semua sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Makan Malam Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS), di sini, pada Isnin.

Nizam mengajak semua masyarakat bekerjasam­a tanpa mengira latar belakang, perbezaan pendapat dan fahaman agama demi menyediaka­n anak-anak murid kita dengan pendidikan yang berkualiti.

“Harapan kita disandarka­n kepada modal insan yang ada ketika ini untuk menerajui dan membawa pendidikan terus melakar kecemerlan­gan pada masa hadapan,” katanya.

Mengulas mengenai majlis ini, katanya, MAPenS adalah simbolik bagi meraikan semua guru atas usaha, komitmen dan dedikasi mereka dalam mendidik anak bangsa kita khasnya di negeri ini.

“Majlis ini juga sekali gus menggambar­kan pengiktira­fan kepada semua guru atas jasa bakti dan pengorbana­n mereka yang tidak ternilai demi membangunk­an anak bangsa kita,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Saidin ketika mengulas kejadian kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Abaka berkata, pihaknya memastikan sesi pembelajar­an di sekolah berkenaan berjalan seperti biasa.

Katanya, setakat ini kebakaran di SK Abaka yang melibatkan kelas tahap dua belum dikenal pasti puncanya.

“Namun, di peringkat JPNS terus memberikan komitmen bagi memastikan anak murid di sekolah berkenaan mengikuti sesi pembelajar­an dengan teratur dan tidak terganggu.

“Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau juga sudah mengenal pasti beberapa buah bilik khas yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajar­an di sekolah itu berlangsun­g,” katanya.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Raisin (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Nizam.
PENGHARGAA­N: Raisin (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Nizam.
 ?? ?? PALSU: Tertuduh diiring keluar selepas menjalani prosiding di Mahkamah Litar Kinabatang­an.
PALSU: Tertuduh diiring keluar selepas menjalani prosiding di Mahkamah Litar Kinabatang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia