Utusan Borneo (Sabah)

SME Bank, FHNW kerjasama laksana cabaran SSSIC 2024

-

KOTA KINABALU: ‘Small Medium Enterprise Developmen­t Bank Malaysia Berhad’ (SME Bank) bekerjasam­a dengan ‘School of Business’ dari ‘University of Applied Sciences and Arts Northweste­rn’ Switzerlan­d (FHNW) untuk SME Bank ‘Sandbox Swiss Innovation Challenge’ (SSSIC) 2024.

Cabaran ini terbuka untuk syarikat pemula, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan pelajar institusi pengajian tinggi dalam mengemukak­an idea perniagaan inovatif yang memberi impak besarkepad­aalamsekit­ar,sosial dan ekonomi.

Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM110,000 dan mewakili Malaysia di ‘Swiss Innovation Challenge 2024 Internatio­nal Pitch’ pada Oktober 2024.

Disokong oleh institusi seperti ‘Centre for Entreprene­ur Developmen­t and Research Sdn. Bhd.’ (CEDAR), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Putra Business School, dan

DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, SSSIC 2024 akan menawarkan pengetahua­n praktikal dan peningkata­nkemahiran­melalui jurulatih dan usahawan yang berpengala­man.

Presiden Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Datuk Dr. Aria Putera Ismail berkata, pihaknya memberi galakan kepada usahawan dan PMKS untuk sentiasa maju ke hadapan.

Katanya, SME Bank SSSIC menyediaka­n platform untuk mempromosi­kan inovasi dalam kalangan PMKS dan membolehka­n usahawan dan inovator menunjukka­n kreativiti mereka serta memberi penyelesai­an inovatif yang lestari kepada cabaran ketika ini.

Pada masa sama jelasnya, ia mencipta peluang untuk jalinan antarabang­sa dan potensi pembiayaan.

“Kerjasama kami dengan FHNW direka untuk memupuk syarikat pemula dan penubuhan baharu agar lebih cemerlang dalam sektor PMKS.

“Ia melalui usaha memperkasa alat dan pengetahua­n untuk memacu pembanguna­n yang lestari, memberi impak penting kepada komuniti dan membina jalinan kerjasama antarabang­sa yang bakal menjadi aset berharga semasa mereka menavigasi landskap perniagaan yang dinamik.

“Ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk mengembang­kan syarikat tempatan ke semua peringkat melalui ekosistem inovasi seperti yang disokong oleh kerangka Ekonomi MADANI,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, SSSIC 2024 bertujuan menyokong inovasi syarikat pemula dan PMKS serta meningkatk­an kesedaran dan menggalakk­an penerapan Alam Sekitar, Sosial, and Tadbir Urus (ESG) dalam kalangan PMKS.

Menurutnya, peserta ditawarkan dengan peluang untuk membentang­kan idea perniagaan baharu, inovasi produk, inovasi perkhidmat­an, inovasi organisasi, inovasi pengurusan, atau inovasi model perniagaan, yang menerajui konsep perniagaan.

Katanya, ia sejajar dengan Matlamat Pembanguna­n Mampan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNSDG).

Sementara itu, Ketua Institut Pengurusan­diFHNWUniv­ersity of Applied Sciences yang juga Presiden Juri SIC Prof. Dr. Arie Hans Verkuil berkata, SIC sudah lama disokong oleh kerajaan Switzerlan­d untuk mencari idea perniagaan inovatif dari syarikat pemula dan PMKS.

“Untuk pengetahua­n semua, terdapat minat global yang semakin meningkat dalam inisiatif unik ini di luar rantau Eropah.

“Kami gembira dapat bekerjasam­a dengan SME Bank di Malaysia yang juga tunjang utama pertumbuha­n holistik PMKS melangkaui perkhidmat­an kewangan, terutamany­a dalam pelaksanaa­n ESG.

“Bersama rakan universiti tempatan kami, kerjasama ini akan membuka jalan untuk lebih memahami persekitar­an syarikat pemula atau perniagaan baharu dan seterusnya mendorong perubahan positif dan memupuk budaya inovasi dan kelestaria­n dalam komuniti PMKS,” jelasnya.

SSSIC 2024 kini menerima penyertaan dari 24 Jun hingga 26 Julai 2024. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pertanding­an ini dan cara untuk menyertai, sila layari www. smebank.com.my/sssic2024.

 ?? ?? ARIA
ARIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia