Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk sikap mahu belajar sepanjang hayat dalam diri graduan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Golongan graduan perlu memiliki sikap pembelajar­an sepanjang hayat terutama dalam menghadapi cabaran industri yang dipacu oleh teknologi robotik dan kecerdasan buatan (AI).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kemahiran yang diperoleh semasa latihan atau pengajian perlu ditingkatk­an dan dikembangk­an melalui latihan berterusan, kursus pembelajar­an secara bersemuka mahupun dalam talian dan juga pembelajar­an kendiri.

Katanya, sikap yang positif perlu dibentuk bagi meningkatk­an nilai tambah dalam diri untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan.

Menurutnya, sikap proaktif, kesungguha­n, kerjasama dan keinginan untuk terus belajar mampu membantu untuk berjaya dalam kehidupan mahupun alam pekerjaan.

“Sikap yang positif ini juga memainkan peranan penting dalam membina hubungan profesiona­l dan memenangi kepercayaa­n majikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Konvokesye­n Institut Latihan Latihan Teknik dan Perdaganga­n (ILTP), Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) Ke-34 di sini semalam.

Mohd Arifin berkata, JPSM melalui ILTP memainkan peranan dan mempunyai tanggungja­wab yang amat besar dalam membangunk­an modal insan berkualiti dan berkemahir­an tinggi.

Menurutnya, pihak berkenaan juga sentiasa meneruskan usaha dalam melahirkan modal insan yang kompetitif dan mapan dalam pelbagai bidang.

“Setiap tenaga pengajar adalah tunjang utama dan memainkan peranan penting dalam membekalka­n pendidikan kemahiran yang inklusif kepada para pelatihnya ke arah pembanguna­n masyarakat dan ekonomi negeri Sabah.

“Kecemerlan­gan para graduan kita tidak akan tercapai tanpa bimbingan, tunjuk ajar, dan sokongan padu daripada tenaga pengajar.

”Pengorbana­n masa, tenaga, dan dedikasi yang dicurahkan dalam mendidik dan melatih para pelatih kita adalah sesuatu yang amat dihargai,” jelasnya.

Beliau berkata, dalam era globalisas­i dan Revolusi Industri 4.0 ini, keperluan terhadap tenaga kerja yang cekap dan berkualiti semakin mendesak.

Sehubungan itu katanya, pengiktira­fan yang diberikan kepada graduan hari ini adalah bukti keupayaan mereka untuk bersaing di peringkat nasional dan antarabang­sa.

Seramai 234 graduan diraikan sempena dengan majlis konvokesye­n itu termasuk 14 orang yang menerima Anugerah Pelatih Terbaik dan dua orang daripada mereka bakal menerima Anugerah Pelatih Cemerlang bagi sesi pelatih tamat latihan Disember 2023 dan Jun 2024.

 ?? ?? TAHNIAH: Mohd Arifin menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan sempena majlis Konvokesye­n Institut Latihan Latihan Teknik dan Perdaganga­n (ILTP), Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) Ke-34.
TAHNIAH: Mohd Arifin menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan sempena majlis Konvokesye­n Institut Latihan Latihan Teknik dan Perdaganga­n (ILTP), Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) Ke-34.
 ?? ?? BANTU: Robert (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Christian (tengah) sambil ditemani Sabrina (kiri).
BANTU: Robert (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Christian (tengah) sambil ditemani Sabrina (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia