Utusan Borneo (Sabah)

NRES badan kerajaan pertama sertai Program Karbon Korporat MAG

-

SEPANG: Kementeria­n Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam Sekitar (NRES) menjadi badan kerajaan pertama menyertai Program Karbon Korporat Malaysia Aviation Group (MAG).

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata langkah itu adalah sebahagian daripada komitmen kementeria­n untuk mengimbang­i pelepasan gas rumah hijau (GHG) daripada perjalanan rasmi.

Beliau berkata melalui pendekatan memimpin melalui teladan, tindakan ini merupakan satu daripada cara untuk menggalakk­an kemampanan dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk mempromosi­kan kelestaria­n.

“Kita akan bawa (program) ini kepada Kabinet. Kita ada Jawatankua­sa Dekarbonis­asi Kebangsaan yang saya pengerusik­an.

“Jika kita tidak boleh buat di setiap kementeria­n sekurang-kurangnya beberapa kementeria­n…ada yang kritikal ke arah penyahkarb­onan dan hijau,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Laporan Kelestaria­n MAG 2023 sempena Hari Kelestaria­n di sini kelmarin.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan MAG Datuk Kapten Izham Ismail.

Nik Nazmi berkata Program Karbon Korporat MAG dilancarka­n pada Mac tahun ini dan kerjasama dengan Petronas Dagangan Bhd (PDB) untuk mewujudkan kemudahan pengeluara­n bahan api penerbanga­n mampan (SAF) berskala komersial menunjukka­n komitmen Malaysia dalam mengurangk­an pelepasan karbon dan meletakkan negara sebagai peneraju amalan penerbanga­n mampan di peringkat serantau dan global.

Beliau berkata usaha MAG juga menyokong merealisas­ikan aspirasi negara untuk mencapai pelepasan karbon bersih-sifar menjelang 2050, yang disahkan pada Majlis Tindakan Perubahan Iklim Kebangsaan (MTPIN) yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Jun.

Menurut beliau, NRES memuji usaha MAG dalam memacu perubahan, inovasi dan memajukan amalan mampan di Malaysia untuk melindungi alam sekitar serta memastikan daya maju jangka panjang sektor penerbanga­n.

Sementara itu, Izham berkata MAG bersedia untuk mengambil bahagian dalam Pendaftara­n SAF Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA) yang akan mengambil kira dan melaporkan penguranga­n pelepasan daripada SAF dengan objektif mempercepa­tkan pengambila­n SAF.

“Dijangka dilancarka­n pada suku pertama 2025, pendaftara­n itu akan membantu pihak berkuasa berkaitan mengesahka­n dan meluluskan tuntutan penguranga­n pelepasan dengan pantas, memastikan penjajaran dengan piawaian antarabang­sa ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO),” katanya.

Mengenai laporan kemampanan, Izham berkata ia merupakan langkah ketiga menyerlahk­an pencapaian utama kumpulan itu sepanjang tahun, mempamerka­n sumbangan kepada inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Beliau berkata antara yang menarik termasuk 34 peratus penyertaan wanita dalam jumlah tenaga kerja, dengan 50 peratus perwakilan wanita dalam pengurusan kanan. — Bernama

 ?? ?? OPERASI: Salah satu bot nelayan yang ditahan dalam operasi berkenaan.
OPERASI: Salah satu bot nelayan yang ditahan dalam operasi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia