Utusan Borneo (Sabah)

Belgium berhasrat raih tempat teratas

Untuk mendominas­i Kumpulan E pada perlawanan terakhir menentang Ukraine, bergelut dengan semua pasukan dalam kumpulan itu berkongsi tiga mata

-

Ukraine mara ke suku akhir Euro 2020 tetapi banyak yang berubah sejak itu di negara yang dilanda perang dan terlibat dalam konflik Eropah terbesar sejak Perang Dunia II.

“Pemain menunjukka­n semangat Ukraine di atas padang,” kata jurulatih Serhiy Rebrov selepas gol kemenangan Roman Yaremchuk menghidupk­an semula harapan Ukraine.

“Ia kemenangan yang sangat penting untuk Ukraine dan untuk negara kita.”

Semua pasukan dengan empat mata mara ke pusingan 16 akhir sejak kejohanan itu diperluask­an kepada 24 pasukan, tetapi Ukraine akan terlepas dengan perbezaan gol jika kedua-dua perlawanan Kumpulan E pada Khamis berakhir dengan keputusan seri.

Slovakia dan Romania akan bersaing pada masa yang sama di Frankfurt dengan mengetahui bahawa satu mata satu sudah cukup untuk menghantar keduadua negara ke pusingan seterusnya.

Selepas menewaskan Ukraine untuk merangkul kemenangan pertama mereka di kejohanan besar sejak Euro 2000, Romania bertarung dengan penuh semangat sebelum turun ke Belgium.

Pasukan Edward Iordanescu hanya memerlukan satu mata menentang Slovakia untuk menjamin tempat dua teratas.

“Sekarang ialah saat kebenaran. Mari kita lihat bagaimana kita menangani kesukaran. Kita memerlukan solidariti dan perpaduan,” kata Iordanescu.

“Kami masih di atas kumpulan. Kami mempunyai apa yang diperlukan untuk menulis sejarah Romania.”

Slovakia juga mempunyai kelayakan dalam genggaman mereka dan boleh menduduki tempat teratas jika mereka menang dan Ukraine tidak. Keputusan seri akan memastikan mereka mendapat tempat ketiga.

“Kamilah Cinderella dalam kumpulan. Sudah bermain di sini dan cuba keluar daripada kumpulan ialah satu pencapaian yang hebat,” kata Francesco Calzona, jurulatih dari Itali yang mengendali­kan Napoli untuk beberapa bulan musim lalu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SIAP SIAGA: Pemain Belgium berlatih di kem latihan di Ludwigsbur­g, kelmarin.
— Gambar AFP SIAP SIAGA: Pemain Belgium berlatih di kem latihan di Ludwigsbur­g, kelmarin.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia