Utusan Borneo (Sabah)

Salur maklumat, jangan lindungi PTI: Jauteh Peringatan kepada masyarakat dan pemimpin setempat bagi menangani isu setinggan

- Oleh Lichong Angkui

KOTA KINABALU: Selaras usaha menangani isu setinggan dan pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah, polis meminta masyarakat dan pemimpin setempat menyokong tindakan serta pendekatan yang dilaksanak­annya.

Jangan bersekongk­ol melindungi PTI, sebaliknya salurkan maklumat mengenai kehadiran mereka kepada pihak berkuasa bagi membolehka­n tindakan segera diambil.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata dengan adanya maklumat sedemikian, maka tindakan segera dapat dilaksanak­an.

Katanya, sokongan dan peranan pemimpin masyarakat seperti Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) dan Ketua Kampung amat penting membantu pihak berkuasa menangani isu setinggan dan PTI ini.

“Berikan maklumat kepada pihak berkuasa mengenai kehadiran orang yang tidak dikenali dan tiada dokumen supaya kita dapat ambil tindakan.

“Kalau kita tiada maklumat seperti ini, maka sudah pasti kita tidak dapat mengambil tindakan secara menyeluruh,” katanya dalam temu ramah eksklusif di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan, dekat sini.

Jauteh turut mengingatk­an penduduk tempatan supaya jangan bersekongk­ol dengan warga asing seperti menyewakan tanah kepada golongan tidak berdokumen sah itu.

Katanya, rakyat tempatan boleh menyewakan tanah atau rumah mereka, tetapi hendaklah kepada mereka yang ada dokumen sah.

“Jika mereka menyewakan kepada golongan tidak berdokumen sah, mereka (rakyat tempatan) boleh dituduh melindungi PTI.

“Apabila tindakan penguatkua­saan undang-undang dilaksanak­an, ia akan memberi kesan buruk kepada pemilik tanah atau rumah berkenaan.

“Kita meminta masyarakat dan pemimpin setempat supaya berikan sokongan kepada polis dari segi moral dan informasi,” katanya.

Jauteh juga menyatakan bahawa sokongan dan kerjasama jabatan serta agensi kerajaan dalam menangani isu setinggan dan PTI ini sangat baik dan berkesan.

Katanya, sehingga kini semua agensi memberi kerjasama penuh dan pihaknya berharap ia berterusan sehingga matlamat tercapai.

Beliau meletakkan harapan tinggi itu susulan pendekatan polis melaksana operasi besar-besaran ‘Op Koloni Setinggan’ menangani isu setinggan dan kebanjiran PTI di negeri ini.

Operasi itu sudah bermula di empat daerah – Kota Kinabalu, Labuan, Kudat dan Semporna – dan akan diperluask­an ke seluruh negeri secara berperingk­at.

Sasaran fasa pertama operasi itu adalah koloni setinggan kecil-kecilan, kemudian diperluas ke koloni bersaiz sederhana dan fasa akhir membabitka­n koloni berskala besar.

 ?? ?? EKSKLUSIF: Jauteh (kiri) dalam sesi temu ramah khas bersama Ketua Pengarang Utusan Borneo, Datuk Lichong Angkui (dua kanan) dan wartawan Wakil Rangkaian Media Prima (MPTVN) Sabah & Sarawak, ASP (K) Mohammed Yazzer Mahmun (kanan) di IPK Kapayan, baru-baru ini.
EKSKLUSIF: Jauteh (kiri) dalam sesi temu ramah khas bersama Ketua Pengarang Utusan Borneo, Datuk Lichong Angkui (dua kanan) dan wartawan Wakil Rangkaian Media Prima (MPTVN) Sabah & Sarawak, ASP (K) Mohammed Yazzer Mahmun (kanan) di IPK Kapayan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia