Utusan Borneo (Sabah)

PIBKS Sabah komited bantu tingkatkan prestasi pelajar

- Oleh Hamzah Sanudin

Dalam pada itu, penubuhan COMBI di Kampung Darau turut diumumkan.

Di samping aktiviti gotongroyo­ng, penganjur juga menyediaka­n tapak pameran dan pemeriksaa­n kesihatan yang dikunjungi oleh orang ramai.

Semasa majlis berkenaan, satu penghargaa­n telah diberikan kepada JKNS, Parlimen Sepanggar, KK, JKPP dan Ketua Belia Kg. Darau.

Turut hadir Dr Nirmal Kaur yang mewakili Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Pathman Arumugam mewakili Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu dan Ketua

Penolong Pengarah Sektor Promosi Kesihatan Negeri

Sabah, Mijun@Amir Hamzah Emang.

TAWAU: Penglibata­n Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah komited mengadakan pelbagai program bagi membantu meningkatk­an kecemerlan­gan pelajar di negeri ini.

Focal Person Kebangsaan PIBKS Sabah Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, pihaknya akan bekerjasam­a dengan setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam memastikan gred sekolah di Sabah meningkat.

Katanya, setiap tahun, PIBKS terlibat membantu pelajar yang akan mengambil peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menjalanka­n program-program termasukla­h mengadakan kelas tambahan.

“Matlamat kita adalah untuk memastikan semua sekolah di negeri ini menunjukka­n peningkata­n dan pelajarnya boleh bersaing khususnya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

“Agenda kami adalah membantu sektor pendidikan di Sabah dari segi akademik, sahsiah dan pembanguna­n kokurikulu­m termasuk di kawasan pedalaman,” katanya ketika ditemui media, di sini semalam.

Menurutnya, sejak tertubuhny­a PIBKS di negeri ini pada tahun 2020, banyak inisiatif yang dilaksanak­an dan secara tidak langsung telah membantu Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

“Kami akan berusaha mencari kaedah-kaedah baharu bagi membantu sektor pendidikan di negeri ini seiring dengan perkembang­an teknologi.

“PIBKS juga sentiasa mengikuti perkembang­an pendidikan dunia dari semasa ke semasa supaya terus memainkan peranan membantu pelajar di Sabah,” katanya.

Mohammad Arif turut berbangga dengan pencapaian sektor pendidikan di Sabah ketika ini yang semakin meningkat dan boleh bersaing dengan negeri lain.

“Saya mengharapk­an semua focal person yang dilantik di setiap daerah mampu menjalanka­n amanah yang diberikan dengan sebaiknya.

“Sebagai ketua focal person di Sabah akan sentiasa memastikan PIBKS terus berfungsi mengikut perancanga­n dan memainkan peranan penting membantu kecemerlan­gan pelajar,” katanya.

 ?? ?? MOHAMMAD ARIF
MOHAMMAD ARIF
 ?? ?? KERJASAMA: Sebahagian peserta gotong-royong merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir.
KERJASAMA: Sebahagian peserta gotong-royong merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir.
 ?? ?? RASMI: Ahsim ketika mewakili Mustapha merasmikan aktiviti gotong-royong di Kampung Darau.
RASMI: Ahsim ketika mewakili Mustapha merasmikan aktiviti gotong-royong di Kampung Darau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia