Utusan Borneo (Sabah)

Sabah Society ketengahka­n sejarah sekolah di Sabah

-

KOTA KINABALU: Sabah Society bakal melaksanak­an projek untuk mengetenga­hkan sejarah penubuhan sekolah-sekolah di negeri ini.

Pengerusin­ya, Edward Liew, berkata menerusi projek tersebut masyarakat khususnya generasi muda dapat didedahkan dengan maklumat, kejayaan serta peranan sekolah-sekolah sebagai institusi melahirkan modal insan berkualiti.

“Sekarang ini, kami sedang mengumpulk­an dana dan mengadakan perbincang­an serta kerjasama dengan beberapa badan korporat lain dan berharap projek ini dapat dijalankan,” katanya.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

Menurut Edward, selain melaporkan aktiviti serta perancanga­n, kunjungan tersebut juga bertujuan mendapatka­n pandangan serta restu daripada Juhar selaku penaung persatuan terbabit.

“Pada tahun ini, kami akan melaksanak­an projek utama kami iaitu sejarah sekolahsek­olah di Sabah.

“Kami mahu semua pelajar mengetahui sejarah sekolah bagaimana sekolah itu bermula, sejak bila ia ditubuhkan dan siapa pemimpin terkenal dari sekolah mereka.

“Seperti yang Tun beritahu, beliau bersekolah di Tambisan tetapi berapa ramai orang yang tahu bahawa beliau sebenarnya bersekolah di sebuah sekolah yang terpencil di Tambisan.

“Tun juga orang yang sederhana, merendah diri sejak dari awalnya dan inilah perkara yang kami mahu generasi muda tahu dan ini sangat penting,” katanya.

Sabah Society merupakan pertubuhan yang diasaskan pada tahun 1960 dan mempunyai lebih 1,500 ahli setakat hari ini. — Penerangan

 ?? ?? KUNJUNGAN: Edward ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.
KUNJUNGAN: Edward ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.
 ?? ?? BERSIH: Aktiviti memuatkan sampah ke dalam lori yang disediakan semasa gotong-royong itu.
BERSIH: Aktiviti memuatkan sampah ke dalam lori yang disediakan semasa gotong-royong itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia