Utusan Borneo (Sarawak)

PEMILIK DEGIL,

Ketika bomba padam kebakaran, pemilik bertindak roboh rumah guna jengkaut, enggan patuh arahan.

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Kedegilan seorang pemilik rumah pekerja yang enggan mendengar dan mematuhi arahan bomba menyebabka­n bomba sukar menjalanka­n tugas memadamkan kebakaran salah sebuah rumah pekerjanya yang terbakar petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Suna Kaha berkata situasi itu berlaku apabila pemilik rumah terbabit mengambil tindakan sendiri tanpa menghirauk­an arahan bomba.

"Ketika bomba bertungkus-lumus mem- adam kebakaran, pemilik rumah berkenaan bertindak merobohkan rumah pekerja dengan menggunaka­n jengkaut.

"Tindakan pemilik terbabit meletakkan timbunan struktur bangunan pada satu tempat menyebabka­n api kembali marak dan sukar untuk dipadamkan sepenuhnya.

" Bomba berusaha menasihati pemilik rumah terbabit, namun dia (pemilik) tidak mengendahk­an nasihat dan terus merobohkan rumah tersebut," katanya mengulas mengenai kebakaran di Jalan Sun Sun, Jakar, Sarikei petang kelmarin.

Kejadian ini dianggarka­n berlaku sekitar jam 5.10 petang.

Menurut Suna, rumah pekerja dua tingkat terbabit secara keseluruha­nnya diperbuat daripada kayu dan dihuni tiga pekerja.

Selain dijadikan rumah pekerja, bahagian bawah rumah terbabit turut dijadikan sebagai stor menyimpan barangan.

"Kami menerima panggilan orang awam jam 5.12 petang.

“Bila sampai di lokasi kejadian, tahap kebakaran rumah terbabit sudah hampir 95 peratus.

“Selain berhadapan dengan masalah dan kerenah pemilik rumah terbabit, bomba turut berdepan masalah mendapatka­n bekalan air.

“Ini kerana tiada sebarang pili bomba dan sumber air seperti kolam dan sungai di lokasi berhampira­n.

“Kami terpaksa mengisi air ke dalam jentera di pekan Jakar lebih kurang 1.5 kilometer dari tempat kejadian,” ujarnya.

Operasi tersebut diketuai Pegawai Bomba Shairulniz­am sebagai dan dibantu Pegawai Bomba Kanan I Salim Hussien selaku komander operasi.

Pada masa yang sama, sebuah jentera pemadam dengan lima anggota bomba turut terlibat dalam operasi tersebut.

Seorang pekerja warga Indonesia yang tinggal di rumah terbabit dikenali Darong berkata, dalam kejadian itu dia bersama dua rakan sekerja sedang bekerja di luar rumah terbabit.

“Ketika kami sedang bekerja, tibatiba kami terdengar jeritan daripada bos kami ( pemilik rumah) mengatakan rumah terbakar.

“Bila kami menoleh ke arah rumah itu, kami lihat asap tebal sedang keluar dari dalam rumah kami.

“Melihat keadaan itu, saya bersama dua rakan yang lain bergegas masuk ke dalam rumah untuk menyelamat­kan harta benda.

“Namun, tidak banyak barang yang mampu kami selamatkan kerana api begitu pantas memusnahka­n rumah kami,” kata Darong.

Punca dan jumlah kerugian ditanggung mangsa kebakaran terbabit masih dalam siasatan.

Kebakaran tersebut berjaya dikawal sepenuhnya jam 5.27 petang.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berikutan kejadian terbabit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia