Utusan Borneo (Sarawak)

GOL MINIT AKHIR

Messi jamin peluang Argentina untuk ke pusingan seterusnya setelah menumpaska­n Iran 1-0.

- BERITA DI MUKA

BELO HORIZONTE, Brazil: Satu gol cantik Lionel Messi dalam minit kecederaan menyelamat­kan maruah Argentina dan mengesahka­n tiket ke pusingan kedua Piala Dunia 2014 selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas Iran di sini Sabtu lepas.

Argentina

Messi dikawal dengan sangat ketat tetapi beliau menunjukka­n kesabaran, permainan tenang dan sentiasa mencari ruang untuk menjaringk­an gol. Beliau tidak

asa.” pernah berputus Alejandro Sabella Jurulatih Argentina

berterima kasih kepada ketangkasa­n penjaga golnya, Sergio Romero, sebanyak tiga kali dalam separuh masa kedua untuk terus mengekalka­n kedudukan tanpa gol sehingga minit kecederaan, dengan Iran tidak bernasib baik apabila rayuan

ten- dangan penalti tidak diendahkan pengadil walaupun Pablo Zabaleta kelihatan mengasari Ashkan Dejagah dalam kotak penalti.

Bagaimanap­un, walaupun mengharung­i permainan yang agak hambar, Messi mempamerka­n keajaiban apabila menjaringk­an gol kemenangan dan gol kedua beliau pada kejohanan ini.

Argentina sekarang mendahului Kumpulan F dengan enam mata maksima dari dua perlawanan dan hanya akan menentukan siapa juara kumpulan pada perlawanan terakhir selepas Nigeria menewaskan Bosnia Hercegovin­a 1-0 pada perlawanan lewat. “Mereka menyukarka­n kami,” akui jurulatih Argentina, Alejandro Sabella.

“Messi dikawal dengan sangat ketat tetapi beliau menunjukka­n kesabaran, permainan tenang dan sentiasa mencari ruang untuk menjaringk­an gol. Beliau tidak pernah berputus asa.”

Jurulatih Iran, Carlos Queiroz juga memuji sumbangan kemenangan Messi tetapi mendakwa pasukannya tidak mendapat keputusan yang betul oleh pengadil perlawanan, Milorad Mazic kerana tidak memberikan satu tendangan penalti yang sah.

“Messi bermain dengan hebat sekali tetapi pengadil tidak,” kata beliau.

“Saya tidak memahaminy­a, beliau harus melihat ia sebagai satu penalti. Beliau hanya kurang lima meter dari insiden, tiada cara beliau tidak melihat insiden itu.

“Saya harus berkata begitu dan saya berharap saya tidak dihukum kerana memberitah­u perkara yang benar.”

Sabella beralih semula ke formasi 4-3-3 yang disukai oleh Messi, di mana beliau dibantu Gonzalo Higuain dan Sergio Aguero di jentera serangan.

Bagaimanap­un, walaupun menikmati penguasaan bola dalam separuh masa pertama, Argentina bergelut mencipta peluang ketika berdepan pertahanan Iran yang berdisipli­n.

Peluang pertama hadir kepada Higuain selepas menerima umpanan cantik Fernando Gago tetapi penjaga gol Iran, Alireza Haghighi bertindak tangkas menangkap bola.

Angel di Maria dan Messi, dari satu tendangan penalti melihat rembatanny­a sedikit tinggi dari luar kotak penalti tetapi Argentina seharusnya boleh melakukan yang lebih baik dari tendangan sudut dan tendan- gan percuma dengan Marcos Rojo dan Ezequiel Garay gagal menyempurn­akan peluang dari tendangan Messi.

Iran juga berbahaya dari tendangan percuma dan hampir membuka jaringan sebelum rehat tetapi tandukan Jalal Hosseini dari satu tendangan sudut sedikit tinggi dari palang gol.

Iran mengancam lagi selepas rehat dengan Reza Ghoochanne­ijhad memaksa Romero bertindak tangkas menepis tandukan sebelum Dejagah dijatuhkan oleh Zabaleta dalam kotak penalti tetapi pengadil tidak mengendahk­an rayuan pemain Iran itu.

Messi mempunyai peluang pertama untuk membuka jaringan apabila mengejar umpanan Javier Mascherano tetapi rembatanny­a tersasar.

Romero kemudian menyelamat­kan pintu gol Argentina apabila menepis tandukan cantik Dejagah sebelum menepis cubaan Reza, dua minit sebelum tamat permainan.

Argentina bagaimanap­un menjaringk­an gol kemenangan pada minit kecederaan apabila Messi menemui ruang di hujung kotak penalti sebelum melakukan satu rembatan cantik ke pintu gol. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TERUS MENYERLAH: Messi gembira selepas menjaringk­an gol kemenangan buat pasukannya pada perlawanan Kumpulan F Piala Dunia 2014 di antara Argentina dan Iran di Stadium Mineirao di Belo Horizonte semalam.
— Gambar AFP TERUS MENYERLAH: Messi gembira selepas menjaringk­an gol kemenangan buat pasukannya pada perlawanan Kumpulan F Piala Dunia 2014 di antara Argentina dan Iran di Stadium Mineirao di Belo Horizonte semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia