Utusan Borneo (Sarawak)

Radcliffe tarikan terbaharu di Walk of Fame Hollywood

-

BINTANG ‘Harry Potter’ Daniel Radcliffe dan penyanyi ‘Happy’ Pharrell Williams adalah antara lebih kurang 30 selebriti yang akan mendapat bintang mereka sendiri di Walk of Fame, Hollywood pada tahun depan. Namanama lain yang turut terpilih untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong di sepanjang Hollywood Boulevard itu adalah Melissa McCarthy, Will Ferrell, Jim Parsons dan Amy Poehler.

“Pilihan baharu itu mewakili nama-nama terbaik dalam industri hiburan, dan akan menjadi tambahan terhebat di Walk of Fame sama ada untuk komuniti Hollywood dan juga peminat-peminat di seluruh dunia,” kata Maureen Schultz, ketua dalam jawatankua­sa pemilihan berkenaan.

Senarai untuk tahun 2015 itu dipilih daripada beratus-ratus cadangan oleh jawatankua­sa Walk of Fame sebelum kemudianny­a akan disenaraip­endekkan oleh Hollywood Chamber of Commerce. Di bawah peraturann­ya, mereka yang terpilih harus menjadualk­an majlis peletakan bintang mereka dalam tempoh lima tahun jika tidak mahu anugerah itu ditarik balik.

Penulis lakon layar dan pengarang BritishAme­rika, Raymond Chandler, yang meninggal dunia pada 1959, dan pencipta Batman, Bob Kane, yang meninggal dunia pada tahun 1998 akan menerima bintang mereka secara anumerta.

Berikut adalah senarai penuh penerima Walk of Fame untuk tahun 2015:

FILEM: Raymond Chandler (anumerta), Eugenio Derbez, Will Ferrell, Jennifer Garner, Peter Jackson, Bob Kane (anumerta), Daniel Radcliffe, Paul Rudd, Snoopy, Melissa McCarthy dan Christoph Waltz.

TELEVISYEN: James L. Brooks, Ken Ehrlich, Bobby Flay, Seth MacFarlane, Julianna Margulies, Chris O’Donnell, Jim Parsons, Amy Poehler, Kelly Ripa dan Sofia Vergara.

MUZIK: Lukasz “Dr Luke” Gottwald, Kool & The Gang, Pitbull, Al Schmitt dan Pharrell Williams. RADIO: Larry Elder. LAIN: Kristin Chenoweth, Dick Gregory dan Ennio Morricone.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? ‘WALK OF FAME’: Daniel Radcliffe bersama teman wanitanya Erin Darke semasa menghadiri Anugerah Tony di New York, pada 8 Jun lepas.
— Gambar Reuters ‘WALK OF FAME’: Daniel Radcliffe bersama teman wanitanya Erin Darke semasa menghadiri Anugerah Tony di New York, pada 8 Jun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia