Utusan Borneo (Sarawak)

Wong Ho Leng meninggal dunia

Hembus nafas terakhir malam Sabtu selepas lebih setahun hidap tumor otak

- Oleh Watt Zacchaeus dan Andy Sabang

SIBU: Bekas Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Wong Ho Leng meninggal dunia di Pusat Perubatan Rajang di sini malam kelmarin.

Mendiang menghembus nafas terakhir pada jam 10.50 malam Sabtu lalu selepas lebih setahun bergelut dengan penyakit tumor otak (glioma).

Mayatnya dihantar dengan ambulans ke kediamanny­a di sini pada malam itu juga.

Orang ramai yang ingin memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang boleh berbuat demikian dari jam 4 petang hingga jam 9 malam mulai hari ini (Isnin) di kediamanny­a, No. 47A, Jalan Ipoh di sini

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Sarawak David Wong berkata mendiang dijadual dikebumika­n pada Selasa ini (esok).

Katanya terdahulu pada jam 7.30 pagi mendiang disembahya­ngkan di Gereja Methodist Hwai Ang Tang, di sini.

“Mayatnya akan dibawa ke gereja jam 7.30 pagi pada Selasa ini (esok) untuk upacara sembahyang khas mengikut agama Kristian.

“Selepas itu, rombongan mayat meninggalk­an gereja untuk ke tanah perkuburan (Si En Yuan) Batu 10, Jalan Oya Lama,” katanya di sini semalam.

Antara pemimpin DAP yang hadir memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang di kediamanny­a semalam ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

“Mayatnya akan dibawa ke gereja jam 7.30 pagi pada Selasa ini (esok) untuk upacara sembahyang khas mengikut agama Kristian." David Wong Naib Pengerusi DAP Sarawak

Dudong Yap Hoi Liong, ADUN Meradong Ting Tze Fui, Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling serta ahli-ahli parti dan penyokongn­ya.

Ketua DAP Kebangsaan Lim Kit Siang antara pemimpin parti itu yang melawat keluarga mendiang serta memberi penghormat­an terakhir semalam (Ahad) jam 6 petang bersama-sama Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

David yang juga ADUN Pelawan berkata, Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem turut memberi penghormat­an terakhir serta melawat keluarga mendiang jam 3 petang hari ini (Isnin).

“Kami menubuhkan sebuah jawatankua­sa menguruska­n pengebumia­n mendiang yang diketuai Chong Chieng Jen dan beliau dibantu saya sendiri.

“Perkara pentadbira­n berkaitan dikendalik­an seorang ahli parti iaitu Ngieng Ping Sing.

“Semua pengerusi cawangan DAP di Sibu merupakan ahli jawatankua­sa tersebut,” tambahnya.

Beliau mengingatk­an semua yang datang pada majlis pengebumia­n pada Selasa ini (esok) agar memakai pakaian seragam parti (baju putih serta seluar/skirt hitam).

Wong mencipta nama dalam arena politik Sarawak pada 1996 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila mengalahka­n Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang juga Timbalan Ketua Menteri ketika itu Tan Sri Dr Wong Soon Kai dengan majoriti tipis 226 undi bagi kerusi DUN Bukit Assek.

Bagaimanap­un, pada 2001 semasa PRN beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Daniel Ngieng (SUPP) tetapi merampas semula kerusi DUN Bukit Assek pada PRN 2006.

Beliau pernah bertanding menentang calon BN Tiong Thai King (SUPP) pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1999 bagi kerusi Parlimen Lanang tetapi kalah dalam pilihan raya itu.

Pada 16 Mei 2010, beliau dipilih menjadi Ahli Parlimen apabila memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu dan kerusi Parlimen itu adalah kubu kuat BN.

Beliau merupakan calon DAP Sibu bagi merebut kerusi Parlimen Sibu pada 1995, 2004 dan pilihan raya 2008 tetapi dikalahkan calon BN Mendiang Datuk Robert Lau pada setiap PRU itu.

Pada 2011 semasa PRN, beliau berjaya mempertaha­nkan kerusi DUN Bukit Assek selepas menewaskan calon BN Chieng Buong Toon (SUPP) dan calon bebas, Hii Tiong Huat pada pertanding­an tiga penjuru dengan majoriti besar 8,827 undi.

Pada Mei 2009, Ho Leng digantung menghadiri Persidanga­n DUN selama setahun kerana mengeluark­an kenyataan yang tidak sepatutnya terhadap Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh.

Speaker DUN Dato Sri Mohamad Asfia Awang Nassar mengenakan Seksyen 14 (1) Dewan Undangan Negeri ( Keistimewa­an & Kuasa) Ordinan 2007 untuk peng- gantungan selepas 60 Ahli Yang Berhormat daripada BN menyokong penggantun­gannya.

Pada 12 Januari 2013, Ho Leng mengumumka­n bahawa beliau telah didiagnosi­s tumor otak (glioma) seterusnya menjejaska­n karier politiknya.

Mendiang menjalani kemoterapi serta radioterap­i selama enam minggu di Singapura dan sejak itu berada dalam keadaan koma sehingga kematianny­a.

Mendiang meninggalk­an balu, Irene Chang serta lima anak.

Sebelum ini, mendiang menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada awal tahun ini sebelum dimasukkan ke Pusat Perubatan Rajang di sini.

 ??  ??
 ??  ?? KETEPIKAN PERBEZAAN POLITIK: Pengerusi SUPP Cawangan Sibu Chieng Buong Toon menenangka­n Irene semasa memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang di Sibu, semalam.
KETEPIKAN PERBEZAAN POLITIK: Pengerusi SUPP Cawangan Sibu Chieng Buong Toon menenangka­n Irene semasa memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia