Utusan Borneo (Sarawak)

Buaya ganas ditangkap dan dibunuh

Ia diburu ekoran kebimbanga­n penduduk selepas serang tiga remaja

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Seekor buaya sepanjang 10 kaki berjaya ditangkap dan dibunuh oleh penduduk Kampung Raan di Bakam dekat sini, sekitar jam 7 malam kelmarin.

Reptilia ganas tersebut diburu dan ditangkap ekoran kebimbanga­n orang ramai dan penduduk kampung selepas berlaku insiden serangan buaya ke atas tiga remaja lelaki pada Rabu lalu.

Bagaimanap­un dalam insiden mencemaska­n itu, ketiga-tiga remaja tersebut terselamat dan berjaya melarikan diri.

Menurut salah seorang penduduk kampung yang ditemui semalam, Jasmi Dolah, 31, mereka mengesyaki terdapat dua ekor buaya, yang kerap timbul di permukaan Sungai Raan, sejak akhir-akhir ini.

“Penduduk kampung acap kali melemparka­n beg plastik berisi tanah ke dalam sungai tersebut dan kedua-dua reptilia berkenaan akan timbul secara tiba-tiba seraya membaham ke arah plastik tersebut, mungkin menyangka ia bahan makanan mereka." Jasmi Dolah Penduduk Kampung Raan

“Kedua-dua ekor buaya ini dipercayai sangat berbahaya, sekali gus telah menimbulka­n ketakutan di kalangan penduduk kampung.

“Penduduk kampung acap kali melemparka­n beg plastik berisi tanah ke dalam sungai tersebut dan kedua-dua reptilia berkenaan akan timbul secara tiba-tiba seraya membaham ke arah plastik tersebut, mungkin menyangka ia bahan makanan mereka,” katanya.

Tindak balas buaya berkenaan katanya telah menimbulka­n kegerunan di kalangan penduduk kampung hinggakan mereka tidak berani turun ke sungai untuk memancing.

Katanya penduduk me- mang tahu ada buaya tinggal di sungai berkenaan, namun kehadiran kedua-dua ekor buaya tersebut lebih menimbulka­n kebimbanga­n apatah lagi mereka kerap timbul di permukaan sungai itu sejak dua minggu lalu.

Sementara itu, pemangku Ketua Kaum Kampung Raan Marani Lidi, 54, ketika dihubungi semalam memberitah­u, beliau sebelum ini tidak sedar dengan kehadiran buaya berkenaan di sungai tersebut sehinggala­h beliau melihat sendiri salah seekor daripada buaya tersebut pada Jumaat lalu.

“Saya berhampira­n sungai tersebut, apabila salah seorang penduduk kampung mendekati saya dan memberitah­u ada dua ekor buaya besar terdapat di sungai tersebut.

“Beliau cuba membuktika­nnya kepada saya dengan melontarka­n satu beg plastik berisi tanah ke dalam sungai berkenaan dan sebaik ia ( beg plastik) mencecah permukaan sungai, tibatiba muncul seekor buaya melompat dari dalam air lalu cuba ‘membaham’ beg plastik tersebut,” katanya sambil memberitah­u insiden berkenaan amat mengejutka­nnya.

Katanya buaya- buaya tersebut mungkin telah masuk ke sungai kecil itu ketika banjir melanda kampung berkenaan pada November tahun lalu.

“Sehubungan itu, saya ingin menyeru pihak berkuasa berkaitan supaya meletakkan papan tanda amaran mengenai kewujudan buaya di tebing sungai tersebut, agar orang ramai terutama kanak- kanak berjaga- jaga bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” tambahnya.

 ??  ?? DI SINI: Jasmi menunjukka­n ke arah sungai di mana buaya-buaya berkenaan kerap dilihat timbul, hingga menimbulka­n ketakutan di kalangan penduduk kampung.
DI SINI: Jasmi menunjukka­n ke arah sungai di mana buaya-buaya berkenaan kerap dilihat timbul, hingga menimbulka­n ketakutan di kalangan penduduk kampung.
 ??  ?? DIBUNUH: Salah seekor buaya yang berjaya dibunuh penduduk pada malam Sabtu lalu.
DIBUNUH: Salah seekor buaya yang berjaya dibunuh penduduk pada malam Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia