Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi Perdana: 121 ditahan untuk jalani ujian air kencing

-

KUCHING: Seramai 121 individu ditahan untuk menjalani ujian air kencing dalam Operasi Perdana yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK) Sarawak di tiga lokasi di sekitar bandar raya ini.

Menurut Pengarah AADK Sarawak Wan Madihi Wan Salleh, bagaimanap­un daripada jumlah tersebut didapati 28 orang adalah positif dadah, tiga daripadany­a adalah pelajar institusi pengajian tinggi tempatan manakala lima lagi adalah wanita.

Jelasnya, rata- rata individu yang ditahan termasuk seorang lelaki bawah umur, 15 tahun itu didapati positif dadah jenis syabu dan ganja.

“Kami akan mengambil tindakan ke atas 28 individu ini dengan memasukkan mereka ke Pusat Serenti atau Klinik Cure & Care di Batu 6 di sini untuk menjalani program pemulihan dalam institusi dan komuniti,” katanya pada sidang media di pejabat AADK Daerah Kuching, Jalan Ong Kee Hui, awal pagi semalam.

Operasi Perdana itu yang diadakan bersama 15 agensi lain seperti Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), dimulakan sekitar jam 9.30 malam Sabtu dan berakhir kira-kira jam 2 pagi dengan kekuatan 130 anggota termasuk pegawai.

Wan Madihi berkata dari tempoh Januari hingga Jun ini, seramai 1,760 penagih dadah telah ditangkap di seluruh Sarawak dan mengikuti program rawatan selama dua tahun.

“Jumlah tertinggi penagih dadah adalah di Kuching diikuti Miri dan Sibu.

“Namun secara keseluruha­n, kami dapati jumlah penagih dadah di seluruh Sarawak masih rendah dan kita kekal sebagai negeri kedua terendah dari segi statistik,” katanya.

Difahamkan, dalam statistik bagi tempoh Januari 2011 hingga April tahun ini, Sarawak mencatat 1,750 penagih dadah dan daripada jumlah itu, 95 orang merupakan penagih berulang.

Lima jenis dadah yang lazimnya mudah diperoleh di pasaran negeri ini adalah syabu, ketamin, Eramin 5, ganja dan ekstasi.

Operasi itu semalam turut membabitka­n sekatan jalan raya yang dijalankan oleh JPJ iaitu di Jalan Tabuan, Petra Jaya serta beberapa ‘lokasi panas’ terpilih termasuk tempat letak kereta Dewan Undangan Negeri (DUN) lama, Taman Muzium Sarawak dan Pustaka Negeri.

JPJ telah mengeluark­an 126 saman di dua lokasi atas pelbagai kesalahan.

 ??  ?? PENAGIH DADAH: Antara individu yang ditahan dan dibawa balik ke pejabat AADK Daerah Kuching bagi menjalani ujian air kencing.
PENAGIH DADAH: Antara individu yang ditahan dan dibawa balik ke pejabat AADK Daerah Kuching bagi menjalani ujian air kencing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia