Utusan Borneo (Sarawak)

Politik pembanguna­n mencapai kejayaan

Ia telah mampu mengubah kehidupan rakyat dan mentransfo­rmasikan negeri ini menjadi lebih baik: Taib

- Oleh Hamimi Kassim

BAU: Politik pembanguna­n yang dilaksanak­an kerajaan dalam tempoh lebih 50 tahun telah mampu mengubah kehidupan rakyat dan mentransfo­rmasikan negeri ini menjadi lebih baik.

Yang di- Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata hasilnya, semua kaum di negeri ini telah dapat menikmati pelbagai kemajuan yang ternyata banyak mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Menurutnya, kerajaan telah bekerja keras untuk memastikan kehidupan rakyat lebih senang dan menerima tempias pembanguna­n seperti yang dirasai pada hari ini.

“Boleh dikatakan hari ini tidak ada kaum yang ketinggala­n tidak kira mereka orang Bidayuh, Iban, Melayu, Cina mahupun Orang Ulu.

“Semuanya telah tersedia dan hanya bergantung kepada kita sendiri kerana semuanya berhak untuk hidup senang (mengubah kehidupan masing-masing) dan mendapat pekerjaan yang baik.

“Saya juga lihat, sudah tidak banyak perbezaan dalam masyarakat Bumiputera pada hari ini kerana pada hari ini semua kaum sudah naik satu lagi tangga (kehidupan sudah meningkat) dan masing-masing mendapat manfaat daripada pembanguna­n yang dilaksanak­an kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Gawai Bung Konis 2014 di Bung Konis, Singai dekat sini, semalam.

Mengenang kembali sebelum Sarawak menyertai Malaysia, Taib berkata pada masa itu terlalu sedikit industri terdapat di negeri ini.

“Dengan adanya Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) dan banyak lagi industri lain kini, kita telah mampu menarik pelaburan bernilai tinggi, perniagaan dan pekerjaan yang mampu meningkatk­an

“Boleh dikatakan hari ini tidak ada kaum yang ketinggala­n tidak kira mereka orang Bidayuh, Iban, Melayu, Cina mahupun Orang Ulu." Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

pertumbuha­n ekonomi negeri ini.

“Semua aktiviti ini juga pastinya mampu menambah pendapatan dan meningkatk­an kualiti hidup rakyat yang mana ia juga akan menjadikan Sarawak sebuah ekonomi berpendapa­tan tinggi dan negeri maju menjelang 2030,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berharap masyarakat Bidayuh dan semua kaum yang terdapat di negeri kekal bersatu agar tidak ketinggala­n serta menjadikan negeri ini lebih maju.

Beliau turut memberitah­u, walaupun sudah mengecapi kejayaan, cabaran kita masih jauh dan belum selesai kerana kita perlu memastikan generasi pada masa dapan depat mengekalka­n kejayaan dimiliki ini dan membawa negeri ini lebih maju lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha usahawan Bidayuh yang berjaya iaitu Harry Henry Jinep dan keluarga menganjurk­an majlis tersebut dan beliau berharap kejayaan keluarga itu dapat dijadikan teladan kepada masyarakat Bidayuh khasnya generasi muda.

Pada majlis itu, Taib menyampaik­an insentif kepada 33 pelajar Bidayuh yang cemerlang dalam peperiksaa­n UPSR, PMR, SPM dan STPM 2013.

Selain itu, beliau turut melakukan simbolik perasmian bagi 1Singai: Pekan Tondong Baru, Bau yang merupakan pembanguna­n hartanah milik syarikat anak Bidayuh.

Pembanguna­n hartanah 1Singai terbahagi kepada tiga fasa dan ia diharapkan dapat memakmurka­n penduduk sekitar dan melahirkan lebih ramai usahawan tempatan dengan pembukaan perniagaan kecil dan sederhana seperti kedai keperluan am, restoran dan banyak lagi.

 ??  ?? GIMIK PERASMIAN: Taib melakukan majlis perasmian 1Singai Tondong semasa Majlis Rumah Terbuka Gawai Bung Konis 2014 di Bung Konis, Singai, Bau, semalam.
GIMIK PERASMIAN: Taib melakukan majlis perasmian 1Singai Tondong semasa Majlis Rumah Terbuka Gawai Bung Konis 2014 di Bung Konis, Singai, Bau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia