Utusan Borneo (Sarawak)

Wong Ho Leng tegar perjuang politik dan kesihatan diri

-

SIBU: Bekas pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Mendiang Wong Ho Leng digambarka­n sebagai pejuang bukan sahaja dalam kerjaya politiknya tetapi juga tegar untuk menghadapi kesihatann­ya.

Naib Pengerusi DAP Sarawak David Wong berkata dengan semangat cekal dan kuat serta perjuangan tinggi, mendiang turut berjaya ‘menghalang’ berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Bukit Assek.

“Mendiang bertarung dengan penyakitny­a sehingga dia meninggal dunia pada malam kelmarin (Sabtu).

“Jika mendiang meninggal dunia sebelum 20 Jun lalu, maka PRK akan diadakan.

“Tetapi, ia tidak berlaku kerana mendiang tidak mahu membebanka­n rakyat dan membazirka­n wang untuk PRK itu,” kata David di sini semalam.

Beliau berkata walaupun Ho Leng mungkin agak agresif semasa dalam politiknya atau kepada musuh politiknya tetapi ia adalah untuk kebaikan rakyat.

Jelasnya, Ho Leng mengambil alih parti itu (DAP) daripada veteran DAP iaitu Wong Sing Nang kira-kira sedekad lalu.

“Saya berjuang bersamasam­a dengan mendiang sejak 1999.

“Tempoh itu adalah salah satu yang paling sukar untuk parti di negeri ini kerana ia adalah zaman kemerosota­n DAP.

“Tetapi, beliau tetap terus berjuang sehingga mampu merekrut ramai ahli DAP sehingga memenangi kerusi pada Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum di negeri ini.

“Beliau telah melakukan sebahagian daripada peranannya dan kini terpulang kepada rakyat menilai prestasi beliau.

“Saya tahu beliau seorang yang jarang meninggika­n suara dan suka berjenaka, tetapi beliau suka mengkritik musuh politiknya,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata beliau telah banyak mendapat manfaat daripada didikan Ho Leng yang merekrutny­a ke dalam DAP.

“Saya menyertai politik pada 2009 dan tidak mempunyai latar belakang politik.

“Tetapi, beliau (Ho Leng) mengajar saya bagaimana untuk menjadi ahli politik yang baik.

“Saya sebenarnya adalah pembantu khas kepadanya sehingga saya menjadi seorang Ahli Parlimen pada 2013.

“Beliau adalah seorang yang sangat berpegang kepada prinsip dan wataknya benar-benar memberi inspirasi kepada saya.

“Beliau menjadi contoh kepada ahli- ahli politik,” katanya.

Ling berkata walaupun Ho Leng kelihatan sangat serius orangnya tetapi dia seorang yang lemah lembut dan penyayang.

“Kehilangan­nya memberi makna yang amat besar kepada politik di Sibu, negeri dan negara ini secara keseluruha­nnya,” ujarnya dengan nada sedih.

ADUN Dudong Yap Hoi Liong pula menyifatka­n Ho Leng sebagai guru yang baik, kawan yang baik serta seorang pemimpin yang menimbulka­n banyak isu pada Persidanga­n DUN bagi kepentinga­n rakyat.

Yap berkata, isu sama ada mana-mana pemimpin DAP dapat menggantin­ya tidak pernah timbul kerana Ho Leng dan yang lain mempunyai gaya politik yang tersendiri.

 ??  ?? YAP HOI LIONG
YAP HOI LIONG
 ??  ?? OSCAR LING
OSCAR LING
 ??  ?? DAVID WONG
DAVID WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia