Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin pembangkan­g sepatutnya mencontohi Wong Ho Leng

-

KUCHING: Bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata pemimpin pembangkan­g sepatutnya mencontohi sifat Mendiang Wong Ho Leng yang sanggup berkorban untuk kemajuan Sarawak.

Katanya mendiang juga merupakan seorang yang budiman dan lantang bersuara terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, negeri ini memerlukan pemimpin di kalangan pembangkan­g yang mempunyai keperibadi­an seperti mendiang.

“Saya melihat mendiang ( Wong) sebagai seorang yang budiman dan lantang bersuara.

“Pemimpin pembangkan­g patut mencontohi stail mendiang yang banyak berkorban untuk kemajuan dan menjaga hak negeri ini,” katanya di sini, semalam.

Dr Chan berkata demikian ketika mengulas mengenai kematian ADUN Bukit Assek itu.

Sementara itu, Naib Presiden PKR See Chee How menyifatka­n kematian Wong sebagai kehilangan besar tidak hanya kepada Parti Tindakan Demokratik ( DAP) tetapi juga kepada seluruh Pakatan Rakyat (PR) Sarawak.

“Sebagai ketua pembangkan­g di negeri ini, mendiang sentiasa menunjukka­n kesediaan untuk berkongsi ilmu pengetahua­n serta nasihat kepada sesiapa sahaja.

“Beliau mengumpul teks ucapannya di DUN, soalan serta jawapan yang ada dan diagihkan kepada ADUN baharu sebagai rujukan.

“Kami juga sering menghubung­inya untuk meminta nasihat dan petunjuk dan sepanjang dua tahun menyertai DUN bersamanya, mendiang telah menunjukka­n sifat kepimpinan yang tinggi dengan berbincang dengan ahli yang lain, termasuk kami daripada PKR sebelum membuat sebarang ucapan atau keputusan yang akan memberi kesan kepada Paka- tan Rakyat,” jelasnya.

Pada masa sama, See juga melahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan kepada DAP selain menyifatka­n kehilangan itu juga sebagai kehilangan peribadi buatnya.

“Saya tidak pernah meragui kesetiaan dan pengorbana­n yang ditunjukka­n mendiang sepanjang hidupnya terutama untuk kebaikan negeri ini secara amnya dan untuk seluruh rakyat Sarawak khasnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia