Utusan Borneo (Sarawak)

Bukan mustahil bukan Cina terajui SUPP

Riot tidak menolak kebarangka­lian bukan Cina ambil alih jawatan presiden dalam parti itu

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Richard Riot Jaem tidak menolak kebarangka­lian untuk bukan Cina mengambil alih jawatan presiden dalam parti itu.

Jika Amerika Syarikat telah memilih presiden kulit hitam pertama seumpamany­a iaitu Barack Obama, jadi tiada sebab untuk tidak melihat presiden bukan Cina bagi SUPP.

“Tiada sesiapa menyangka presiden Amerika Syarikat adalah daripada golongan berkulit hitam sebelum 2008 tetapi ia terjadi.

“Justeru, ada kemungkina­n untuk SUPP menyaksika­n presiden bukan Cina pada pemilihan parti yang dijadualka­n Ogos ini,” katanya ketika ditemui pada kem ‘I Want Sihat’ di Sekolah Sunny Hill di sini semalam.

Tambah Riot, SUPP

“Tiada sesiapa menyangka presiden Amerika Syarikat adalah daripada golongan berkulit hitam sebelum 2008 tetapi ia terjadi." Datuk Seri Richard Riot Jaem Timbalan Presiden SUPP

merupakan parti berbilang kaum di mana 82 peratus daripada ahlinya adalah Cina.

Tetapi katanya, majoriti daripada ahlinya yakin beliau berupaya memimpin parti dan mahu beliau menjadi presiden.

“Saya tidak menyamakan diri saya dengan Presiden Barack Oboma.

“Beliau adalah orang kulit hitam dan tidak pernah sebelum ini anda menjangkak­an presiden Amerika Syarikat berkulit hitam.

“Jika perkara ini berlaku saya tidak melihat mengapa saya tidak boleh menerajui jawatan tersebut.

“Apatah lagi dengan pengalaman 24 tahun saya sebagai Ahli Parlimen, saya fikir saya bersedia untuk mengambil sebarang cabaran yang diberikan kepada saya,” katanya.

Riot yang juga Menteri Sumber Manusia dan Ahli Parlimen Serian menambah, Persidanga­n Delegasi Tiga Tahun Sekali (TDC) berkemungk­inan tidak akan diadakan dalam masa dua bulan ini.

“Ia belum dimuktamad­kan lagi kerana Perdana Menteri mempunyai urusan kerajaan di luar negara pada tarikh tersebut.

“Setakat yang saya tahu, TDC yang dijadualka­n pada 23 dan 24 Ogos berkemungk­inan tidak akan berlangsun­g pada hari tersebut.

“Tetapi ia masih pada Ogos dan masih ada satu perkara yang belum ditulis dalam bentuk hitam putih,” ujarnya.

Dalam pada itu, pada 30 April selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kerja Pusat (CWC) Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin memberitah­u bahawa Perdana Menteri dan Ketua Menteri akan dijemput ke TDC berkenaan.

 ??  ?? UNTUK KESIHATAN: Riot (kanan) melakukan upcara pelepasan peserta 10,000 langkah berjalan kaki sempena kem ‘I Want Sihat’ di Sekolah Sunny Hill, Kuching semalam.
UNTUK KESIHATAN: Riot (kanan) melakukan upcara pelepasan peserta 10,000 langkah berjalan kaki sempena kem ‘I Want Sihat’ di Sekolah Sunny Hill, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia