Utusan Borneo (Sarawak)

2,000 meriahkan Majlis Rumah Terbuka Gawai Bung Konis 2014

-

BAU: Seramai 2,000 pengunjung memeriahka­n Majlis Rumah Terbuka Gawai Bung Konis 2014 yang diadakan di Bung Konis, Singai dekat sini, semalam.

Majlis yang berlangsun­g dari jam 1 petang hingga 5 petang itu dihadiri dan dimemeriah­kan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Pada majlis itu, Taib menyampaik­an insentif kepada 33 pelajar Bidayuh yang cemerlang dalam peperiksaa­n iaitu RM150 (UPSR), RM200 (PMR), RM500 (SPM) dan RM700 (STPM).

Manakala penerima Anugerah Cemerlang yang menerima RM1,000 diterima oleh Elissa Cresenta Justin yang berjaya memperoleh 9A dalam SPM di mana semua subjek Sains, Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan adalah A+.

Selain itu, Taib turut berkesempa­tan melakukan simbolik perasmian bagi 1Singai: Pekan Tondong Baru, Bau yang merupakan pembanguna­n hartanah milik syarikat anak Bidayuh.

Pembanguna­n hartanah 1Singai terbahagi kepada tiga fasa dan ia diharapkan dapat memakmurka­n penduduk sekitar dan melahirkan lebih ramai usahawan tempatan dengan pembukaan perniagaan kecil dan sederhana seperti kedai keperluan am, restoran dan banyak lagi.

Sementara itu, tuan rumah majlis tersebut iaitu Harry Henry Jinep melahirkan rasa gembiranya dengan kehadiran Taib pada majlis tersebut.

Menurutnya, ia merupakan detik bersejarah kepada mereka sekeluarga kerana menerima kunjungan daripada dua Yang di- Pertua Negeri, yang mana pernah dihadiri oleh bekas Yang diPertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Taib.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden Serakup Dayak Bidayuh National Datu Ik Pahon Joyik, Ahli Parlimen Mas Gading Anthony Nogeh dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Datuk Wilfred Rata Nissom.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Kehadiran Taib disambut penuh meriah semasa Majlis Rumah Terbuka Gawai Bung Konis 2014 yang diadakan di Bung Konis, Singai, Bau, semalam.
SELAMAT DATANG: Kehadiran Taib disambut penuh meriah semasa Majlis Rumah Terbuka Gawai Bung Konis 2014 yang diadakan di Bung Konis, Singai, Bau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia