Utusan Borneo (Sarawak)

Setiap pekerja mesti dibayar gaji minimum, kata Riot

K’jaan harap tidak perlu ambil tindakan ke atas majikan yang gagal bayar gaji minimum kepada pekerja asing

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kementeria­n Sumber Manusia berharap tidak perlu mengambil tindakan ke atas majikan yang gagal membayar gagi minimum RM900 atau RM800 kepada pekerja asing.

Menterinya Datuk Richard Riot Jaem berkata setiap pekerja mesti dibayar gaji

Datuk Richard Riot Jaem Menteri Sumber Manusia

minimum tanpa mengira kewarganeg­araan mereka.

Beliau bagaimanap­un mengakui kebanyakan majikan dalam negara mempunyai kecenderun­gan mengambil kesempatan daripada pekerja asing dengan tidak memberi apa yang berhak mereka nikmati.

“Polisi gaji minimum tidak membezakan antara pekerja asing dan tempatan.

“Sama ada pekerja asing atau tempatan mereka harus mendapat gaji minimum dan faedah-faedah lain.

“Meskipun kebanyakan majikan mengambil kesempatan ke atas pekerja asing, sepatutnya majikan mesti membayar mereka gaji yang sama seperti yang diperolehi pekerja tempatan.

“Saya harap, kita tidak perlu sampai ke tahap mengenakan penalti ke atas majikan kita,” katanya selepas melancarka­n kem ‘I Want Sihat’ di Sekolah

Polisi gaji minimum tidak membezakan antara pekerja asing dan tempatan."

Sunny Hill di sini semalam.

Tambah Riot, terdapat 14 juta pekerja di seluruh Malaysia dengan 12 juta daripadany­a bekerja dalam sektor swasta.

Oleh itu, beliau menekankan kesihatan adalah amat penting apabila ia berkaitan memastikan produktivi­ti di kalangan tenaga kerja yang begitu besar.

“Tanpa kesihatan yang baik, anda tidak boleh menjadi produktif.

“Sebab itu kerajaan amat mengambil berat mengenai kesihatan kira-kira 14 juta pekerja kita,” tambahnya.

Dalam pada itu meskipun kerajaan pusat tidak mewajibkan setiap penjawat awam melakukan pemeriksaa­n kesihatan yang kerap, namun sejumlah besar diperuntuk­kan oleh kerajaan kepada agensinya bagi pemeriksaa­n kesihatan percuma.

“Tiada sebarang keputusan dibuat oleh kabinet untuk mewajibkan pemeriksaa­n kesihatan biasa.

“Tetapi mereka yang mencecah usia 40 perlu melakukan pemeriksaa­n perubatan,” ujarnya kepada pemberita.

 ??  ?? SEMUA SAMA: Riot bercakap kepada pemberita selepas pelancaran kem ‘I Want Sihat’ di Sekolah Sunny Hill, Kuching semalam. Turut kelihatan Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim.
SEMUA SAMA: Riot bercakap kepada pemberita selepas pelancaran kem ‘I Want Sihat’ di Sekolah Sunny Hill, Kuching semalam. Turut kelihatan Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia