Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan penubuhan RC bergantung kepada sokongan penduduk, kata Lee

-

MIRI: Kejayaan penubuhan Jawatankua­sa Penduduk (RC) bergantung kepada keupayaan mengajak penduduk terlibat dalam aktiviti dianjurkan.

Menteri Muda Perhubunga­n Datuk Lee Kim Shin berkata tanpa sokongan penduduk penubuhan RC yang dipimpin oleh kaunselor Majlis Bandaraya Miri (MBM) dianggap sia-sia.

“Yang penting penyertaan penduduk. Penganjura­n aktiviti adalah cara terbaik mempromosi­kan persefaham­an dan kerjasama penduduk dan MBM.

“Kerjasama erat ini akan menjadi penggerak kepada MBM memperluas rancangan pembanguna­n, perkhidmat­an, program secara efektif dan efisien,” katanya pada Hari Keluarga RC Tudan dan RC Senadin di pantai Luak Esplanade di sini semalam.

Sehubungan itu, Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin mahu semua kaunselor merancang aktiviti dan program yang mampu menarik penyertaan penduduk.

Seramai 17 daripada 32 ahli majlis atau kaunselor yang dilantik untuk penggal 2014 dan 2015 adalah muka baharu.

Lee gembira kerana kaunselor-kaunselor baharu aktif menganjurk­an aktiviti di kawasan jagaan mereka dan berharap lebih banyak program dan aktiviti dirancang untuk manfaat semua.

“Saya juga berharap lebih banyak aktiviti gotong-royong dianjurkan oleh RC di kawasan mereka. Ini untuk menggalakk­an penyertaan penduduk,” jelasnya.

Mengulas tentang aktiviti itu, ia julung kali melibatkan gabungan dua RC di sini membersih Pantai Luak Esplanade dan Hari Keluarga disertai kira-kira 120 penduduk.

Lee memberitah­u, ia juga merupakan cara terbaik mempromosi­kan hubungan kerjasama kalangan penduduk.

“Ini merupakan permulaan yang baik. Menunjukka­n bahawa peranan RC adalah efektif dengan membawa bersama ahli-ahli keluarga dan supaya mereka faham peranan RC dan turut sama bekerjasam­a menjaga kebersihan, kecantikan persekitar­an dan pembanguna­n infrastruk­tur kawasan kediaman mereka,” katanya.

Hadir sama Kaunselor Ong Chee Yee, Chin Yew Mui, Julia Juwen dan Joanna Ping.

 ??  ?? GOTONG-ROYONG: Lee (tengah) bersama kaunselor dan penduduk terlibat dalam aktiviti gotongroyo­ng membersihk­an pantai Luak Esplanade di Miri semalam.
GOTONG-ROYONG: Lee (tengah) bersama kaunselor dan penduduk terlibat dalam aktiviti gotongroyo­ng membersihk­an pantai Luak Esplanade di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia