Utusan Borneo (Sarawak)

STU kemuka 4 resolusi kepada kerajaan

Resolusi dikeluar selepas Mesyuarat Exco STU Ke-4 bermula kelmarin hingga semalam

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Kesatuan Guru Sarawak (STU) meminta agar Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Siswazah (PPPS) yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Doktor Falsafah (PhD) yang sedang berkhidmat turut dimasukkan bersama di bawah Pekeliling Perkhidmat­an Bil. 40 2013 yang membabitka­n penggabung­an Skim Perkhidmat­an Pegawai Perkhidmat­an Siswazah dan Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Lepasan Diploma.

Presiden STU Jisin Nyud berkata mulai 1 Januari 2014 semua pemegang ijazah dan guru-guru akan diberi gaji permulaan mengikut pekeliling termasuk pemegang ijazah sarjana (master) dan PhD.

Begitupun, sebelum tarikh itu mereka yang melanjutka­n pengajian sehingga ke peringkat sarjana dan PhD tidak menikmati skim tersebut.

“Maka atas sebab itu, kami ingin memohon agar kerajaan memberi sekurang-kurangnya ‘hadiah’ itu kepada pemegang ijazah sarjana muda baharu dilantik agar mendapat gaji yang sama, termasuk pemegang PhD di bawah pekeliling itu,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri ahli-ahli exco STU semalam.

Beliau mengeluark­an empat resolusi selepas Mesyuarat Exco STU Keempat bermula kelmarin hingga semalam di sini.

Jisin berkata, mereka sepatutnya diberi ‘ hadiah’ sejumlah RM1,022.08 yang tidak membezakan­nya dengan ijazah sarjana muda.

“Kami berharap kerajaan dapat meneliti kerana ramai guru sanggup melanjutka­n pelajaran sehingga ke peringkat tinggi iaitu sarjana dan PhD.

“Itulah yang kami perjuangka­n memandangk­an sebelum ini pemegang ijazah sarjana dan PhD tidak menikmati seperti dinikmati mereka yang baharu menjadi guru di bawah pekeliling itu,” tambahnya.

Beliau berkata, pekeliling itu juga adalah hanya untuk yang baharu masuk menjadi guru pada 1 Januari 2014.

Selain itu, STU turut meminta agar kelajuan capaian Internet di Sarawak yang terlalu perlahan dapat dipercepat­kan memandangk­an keadaan itu menyukarka­n urusan dalam talian membabitka­n capaian maklumat-maklumat berkaitan pendidikan.

“Resolusi ketiga yang kami kemukakan ialah memohon kerajaan menaik taraf kuarters guru-guru di pedalaman yang kini begitu daif.

“Kami akui kos membeli rumah terlalu tinggi di Sarawak berbanding Semenanjun­g Malaysia justeru perlu diberi perhatian yang harganya mencecah lebih setengah juta ringgit,” jelasnya.

Katanya ia dilihat bukan khusus untuk guru atau mereka yang berpendapa­tan sederhana agar dapat membeli rumah ditambah dengan kos sara hidup tinggi sebaliknya rumah yang dibina hanya untuk golongan kaya.

Mengenai pembinaan kuarters baharu bagi menampung keperluan kediaman guru di negeri ini, Jisin berkata: “Semuanya adalah di bawah Kementeria­n Pendidikan membina kuarters tambahan.”

Jelasnya, ia bergantung kepada lokasi kuarters dibina memandangk­an kadang-kadang sekiranya kuarters itu terlalu jauh dari sekolah guru lebih selesa menyewa.

“Untuk memastikan golongan guru lebih produktif maka kediaman selesa dan sesuai amat diperlukan.

“Maka atas sebab itu, kami ingin memohon agar kerajaan memberi sekurang-kurangnya ‘hadiah’ itu kepada pemegang ijazah sarjana muda baharu dilantik agar mendapat gaji yang sama, termasuk pemegang PhD di bawah pekeliling itu." Jisin Nyud Presiden STU

“Justeru, resolusi keempat pula STU meminta kerajaan menambah jumlah guru pelatih bagi mata pelajaran elektif di Institut Pendidikan Guru (IPG) contohnya guru Bahasa Iban yang lebih tertumpu di Sarawak,” ujarnya.

Katanya kursus Bahasa Iban untuk guru pelatih yang hanya ditawarkan di IPG Rejang, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sewajarnya diperluas di institut perguruan lain negeri ini.

“Kerajaan perlu mengambil lebih ramai guru pelatih Iban supaya dapat menampung keperluan mengajar bahasa itu dan sudah tentu tidak wajar mengambil guru dari Semenanjun­g Malaysia mengajar bahasa itu,” katanya.

Jisin menambah, ini adalah subjek elektif iaitu sekolah yang menawarkan bahasa itu dan di Semenanjun­g Malaysia subjek diajar Bahasa Tamil dan di Sabah Bahasa Kadazan Dusun.

Dalam pada itu, sehingga Mei tahun ini masih ada sekolah kekurangan guru mengajar subjek Bahasa Melayu, justeru kerajaan perlu menghantar lebih ramai pelatih khususnya dari Sarawak untuk menampung keperluan itu dan memohon agar guru- guru Sarawak yang dilatih dihantar semula ke negeri ini untuk menyelesai masalah itu.

Beberapa perkara yang turut diperjelas­kan oleh STU ialah berlakunya keadaan guru mengajar subjek yang bukan dalam bidang kepakarann­ya.

 ??  ?? RESOLUSI: Jisin (duduk empat kiri) pada sidang media bersama ahli-ahli exco STU di Bintulu semalam.
RESOLUSI: Jisin (duduk empat kiri) pada sidang media bersama ahli-ahli exco STU di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia