Utusan Borneo (Sarawak)

STU perjuang kebajikan ahli bukan atasi masalah kewangan

-

BINTULU: Kesatuan Guru Sarawak (STU) berperanan penting memperjuan­g kebajikan, nasib serta masalah dihadapi ahli-ahlinya di seluruh negeri ini dan bukannya mengatasi masalah kewangan.

Presidenny­a Jisin Nyud berkata sekiranya melibatkan kebajikan guru dan masalah dihadapi ahli-ahlinya maka STU memperjuan­gkannya tetapi bukan masalah kewangan.

Katanya STU bukan bank atau syarikat peminjam wang malah ia organisasi yang bukan berasaskan keuntungan.

“Begitupun, ada ahli yang datang kepada kami meminta bantuan untuk menyelesai­kan masalah kewangan mereka,” katanya pada Majlis ‘Ngiling Bidai’ STU Bahagian Bintulu, malam kelmarin.

Selain itu, beliau turut menyatakan mengenai isu-isu dan masalah-masalah sekolah di kawasan pendalaman yang sering disuarakan oleh STU kepada kerajaan.

Menurutnya, sekolah-sekolah di pedalaman tidak mempunyai kuarters guru maka mereka melakukan kerja gotong-royong membina rumah guru untuk guru-guru mengajar di luar bandar.

“Masalah berkaitan sekolah- sekolah daif juga dibawa kepada pihak atasan untuk diselesaik­an, namun kami berharap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tu- rut bekerjasam­a membantu STU.

“Peranan STU hari ini lebih mencabar memandangk­an keadaan sekarang banyak berubah berbanding dahulu,” katanya.

Justeru, STU turut berharap mendapat kerjasama Kementeria­n Pendidikan untuk membantu mengurangk­an tekanan dihadapi guruguru.

Sehubungan itu, Pengerusi STU Bahagian Bintulu Soo Siew Huong berkata majlis itu bertujuan mengukuhka­n hubungan exco-exco STU dan pegawai PPD di sini selain berkongsi perayaan dan memahami budaya pelbagai kaum di negeri ini.

 ??  ?? SIJIL: Seorang peserta menerima sijil penyertaan Bengkel STU daripada Jisin (tengah) sambil disaksikan Soo (kiri) di Bintulu malam kelmarin.
SIJIL: Seorang peserta menerima sijil penyertaan Bengkel STU daripada Jisin (tengah) sambil disaksikan Soo (kiri) di Bintulu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia