Utusan Borneo (Sarawak)

Semangat kerjasama, kerajinan ciri penting kecemerlan­gan persatuan

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri menyifatka­n semangat bekerjasam­a, kerajinan dan kejujuran pemimpin serta ahli persatuan adalah ciri-ciri penting mengekalka­n kecemerlan­gan persatuan.

Menurutnya, ciri-ciri terbabit perlu ada bagi memastikan setiap persatuan mampu bergerak aktif dan membawa manfaat kepada masyarakat.

“Jika pemimpin dan ahliahli persatuan tidak bekerjasam­a atau sering bertelagah tidak mungkin persatuan itu dapat mencapai kecemerlan­gan.

“Justeru, saya minta semua pihak yang menjadi nadi penggerak sesebuah persatuan agar mengutamak­an semangat bekerjasam­a, rajin dan jujur melaksanak­an tugas yang diamanahka­n,” katanya pada Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Cawangan Lingga Sesi 2013-2016 di sini kelmarin.

Menurutnya, melalui aktiviti-aktiviti diadakan ahliahli persatuan secara tidak langsung dapat beramah mesra, bertukar-tukar pen- dapat serta membincang­kan agenda baharu.

“Kerjasama semua pihak terutama ketika menganjurk­an aktiviti atau program amat penting bagi memastikan matlamatny­a tercapai,” katanya sambil menambah, tugas menjadi lebih mudah jika hubungan erat terjalin di kalangan ahli persatuan.

Hadir sama Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) DUN Lingga Sulaiman Amut, Pemanca Mas Shamsiah Maslem, ketua-ketua kaum DUN Lingga serta ahli-ahli SABERKAS DUN Lingga.

 ??  ?? KENANGAN: Simoi (tujuh kiri), Mas Shamsiah (enam kiri) serta ketua-ketua masyarakat dan jabatan bersama ahli SABERKAS Lingga pada mesyuarat itu kelmarin.
KENANGAN: Simoi (tujuh kiri), Mas Shamsiah (enam kiri) serta ketua-ketua masyarakat dan jabatan bersama ahli SABERKAS Lingga pada mesyuarat itu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia