Utusan Borneo (Sarawak)

Kesempurna­an institusi keluarga bentuk perkembang­an anak-anak

-

MATU: Kesempurna­an institusi keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan perkembang­an anak-anak.

Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Jemoreng Dayangku Normaliza Awang Tambi berkata faktor persekitar­an yang selesa dan tenteram turut memberi sumbangan utama terhadap perkara berkenaan khususnya dalam melahirkan anak- anak yang seimbang dengan perkembang­an semasa.

“Dalam perkara ini, ibu bapa perlu menunjukka­n contoh teladan yang baik agar anak-anak dapat dibesarkan dalam suasana yang mulia.

“Apabila anak-anak melihat ibu bapa menghormat­i kedua- dua orang tuanya, mereka juga menghormat­i ibu bapa mereka,” katanya pada Sambutan Hari Ibu dan Hari Jururawat (NBOS 7) di Dewan Serba Guna Kampung Tian, di sini.

Beliau berkata, Hari Ibu bukan sekadar diraikan pada tarikh tertentu tetapi harus disambut sepanjang masa.

Menurut Dayang Normaliza, menyediaka­n persekitar­an yang baik penting untuk perkembang­an anakanak terutama dalam pembentuka­n akhlak dan sikap.

Katanya personalit­i dan intelek setiap anak dibentuk sejak kecil dengan keluarga mereka sebagai pengaruh utama dan akan berkekalan sehingga mereka meningkat dewasa.

“Meraikan Hari Ibu bukan hanya mengucapka­n rasa sayang, tetapi perlu diser- lahkan melalui amalan lain bersifat lebih realistik dan bermakna.

“Seorang wanita bernama ibu perlu sentiasa ditabalkan sebagai insan paling dihormati dan dikasihi.

“Bantu dan sokonglah ibu sebaik- baiknya tidak kira dari segi material, fizikal mahupun emosional.

“Masakan tidak, peranan dan jasa ibu bukan calangcala­ng tahapnya.

“Ibulah insan yang sanggup menggadaik­an nyawa semasa mengandung dan melahirkan anak.

“Malah, ibu tidak putusputus melaksanak­an peranannya menjadi pendidik, tempat anak-anak bermanja, mengadu nasib dan mengubat rasa sedih,” katanya.

Hadir sama Ketua Jururawat Daerah Matu Nurhayati Abang Daud dan Ketua Jururawat Daerah Dalat Norlela Deris.

Program anjuran Klinik Kesihatan Daerah Matu itu diserikan dengan kehadiran lebih 200 penduduk setempat.

 ??  ?? SELAMAT HARI IBU: Dayang Normaliza (kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang pertanding­an sempena Sambutan Hari Ibu dan Hari Jururawat sambil diperhatik­an Norhayati dan tetamu lain.
SELAMAT HARI IBU: Dayang Normaliza (kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang pertanding­an sempena Sambutan Hari Ibu dan Hari Jururawat sambil diperhatik­an Norhayati dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia